Loading...


5 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Coklat

Comments

Coklat sememangnya makanan paling bahaya bagi mereka yang mengidamkan bentuk badan ideal. Kerana ramai yang menganggap coklat adalah punca obesiti. Namun persoalannya adakah ia benar ataupun sekadar mitos masyarakat. Mungkin ada benarnya penyataan ini. Mari kita meneliti semula apakah perkara yang sebenarnya disebalik coklat yang menggoda ini.


Coklat Penujah Senaman Otot
Bagi individu yang selalu melakukan workout, coklat adalah makanan paling sesuai. Menurut kajian sains coklat bukan sahaja dapat membekalkan tenaga malah meningkatkan tahap pembinaan semula tisu otot dengan cepat. Rawatlah otot yang pecah dengan mengambil coklat kerana ia sangat membantu. Coklat juga sering digunakan sebagai recovery aid pada atlet.

Idam Coklat Bukan Sebab Period
Ramai wanita menggangap datang haid adalah faktor mereka mengidamkan coklat. Namun menurut kajian Universiti Pennsylvania, kitar haid tidak mempengaruhi keinginan kepada coklat kerana eksperimen yang dilakukan kepada individu sebelum dan selepas haid menunjukkan tiada perubahan keinginan. Namun bagi yang menderita dengan PMS (kitar haid tak seimbang) kemungkinan akan mengidam coklat kerana coklat sejenis makanan yang menyelesakan. Wanita yang menderita atau tertekan akan mencari coklat kerana hal itu.

Ia Takkan Mengejutkan Anda Dari Tidur
Ramai orang yang salah anggap tentang konsep kafein. Kafein sememangnya mampu membuat orang berjaga namun kafein dalam nisbah yang kecil seperti coklat hanya meningkatkan tenaga secara semulajadi tanpa berlebihan.

Coklat Mengandungi Flavonoid
Flavonoid adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan. Ia semulajadi terkandung dalam coklat. Kerana keunikan struktur kimianya, bahan ini mampu menghasilkan anti-oksida malah anti-radang kepada tubuh manusia. Coklat yang terbaik ialah dark chocolate kerana kandungan flavonoid yang tinggi.

Coklat Baik Untuk Gigi
Tahukah anda coklat mengandungi theobromine yang terhasil daripada ekstrak koko. Theobromine adalah molekul organik yang menguatkan enamel. Coklat tanpa tenusu dan gula mampu memberikan kekuatan gigi yang optimum. Selain itu menurut kajian, theobromine mempunyai perlindungan dua kali lebih baik daripada florida.

Credit : Google