Loading...


10 Tips Jimat Petrol

Comments

Kenaikan harga minyak sememangnya membebankan majoriti penduduk di Malaysia ini. Jika golongan sederhana pun sudah merasa bahang kenaikan harga minyak inikan pula golongan miskin. Bagi pengguna kenderaan bertayar empat pula minyak adalah seperti air yang mengalir deras tanpa henti. Namun sebagai pengguna yang berhemah kita haruslah mencari jalan bagaimana menggunakan petrol dengan efisyen tanpa sebarang pembaziran. My Decrescendo ingin berkongsi 10 Tips Jimat Petrol.

Isi Minyak Waktu Malam/Pagi
Mengapa kita perlu mengisi minyak pada waktu malam atau pagi? Tahukah anda sewaktu sejuk ia dapat mengurangkan lebihan haba daripada bercampur dengan kandungan petrol seterusnya menjadikan kandungan gas adalah lebih rendah berbanding ketika waktu panas.
station petrol malam

Penuhkan Tangki
Apabila petrol tidak penuh dalam tangki, lebihan ruang akan memberi peluang kepada petrol untuk tersejat dengan banyak. Sekaligus menyebabkan petrol berkurang secara drastik.

Kurangkan Memecut
Sifirnya begitu mudah sekali, semakin dalam anda menekan pedal minyak maka semakin pantas minyak anda beredar dari tangki.

Selenggara Mengikut Jadual
Servis lah kenderaan anda mengikut jadual yang ditetapkan. Jika perlu menukar penapis yang baru tukarlah kerana enjin perlu berada dalam keadaan yang baik barulah minyak sentiasa jimat.
oil filter

Periksa Tekanan Angin
Tayar sebenarnya mempengaruhi penggunaan minyak. Jika kurang tekanan maka semakin banyaklah tenaga yang akan digunakan untuk kenderaan anda.

Kurangkan Penggunaan Hawa Dingin
Hawa dingin adalah sesuatu yang memakan tenaga paling besar tidak kiralah di rumah atau dalam kenderaan. Jadi gunakanlah ia ketika perlu. Buka tingkap jika keadaan luar memang sudah sejuk kecuali hujan.

Kurangkan Beban
Bagi yang selalu menyimpan barang-barang atau set golf dalam kenderaan anda maka bolehlah menghentikannya. Kerana beban yang berat akan menambah penggunaan petrol.
Kereta Sarat
Elak Guna Gear Rendah
Sentiasalah peka dengan kelajuan yang sesuai dengan gear anda. Jika kenderaan anda automatik pastikan anda meningkatkan halaju dengan kadar segera dan kekalkan halaju yang sesuai.

Matikan Enjin Ketika Menunggu
Jika anda membiarkan enjin anda hidup tanpa  pergerakan dalam masa yang lama ia akan meningkatkan penggunaan petrol. Justeru ubahlah ia jika anda ingin mengurangkan pembaziran.

Gunakan Kenderaan Untuk Perjalanan Jauh
Jika keadaan terlalu dekat seperti kedai runcit di perumahan anda, tidak perlulah anda menggunakan kenderaan. Cukup sekadar berjalan kaki atau berbasikal. Bukan sahaja menjimatkan, malah anda telah memberi faedah kepada alam sekitar dan juga tubuh badan anda sendiri.
Jalan Kaki Bersih Alam Sekitar