Loading...


Serangan Hackers di Israel

Comments

Kekejaman yang berlaku di Palestin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak. Rentetan daripada itu masyarakat dunia memandang serius terhadap perkara ini sehinggakan mereka menggunakan 'perang psikologi' ke atas Israel. Boikot terhadap barangan Yahudi, demonstrasi ke atas pemimpin agar bertindak dan protes demi protes sentiasa bergema di arus media.


Walau apa sekalipun cara dan tindakan namun kerajaan Israel masih lagi tidak berganjak daripada pendirian mereka. Justeru masyarakat dunia mengambil alternatif yang drastik bagi memberi tekanan yang hebat kepada rejim Yahudi di mana sekumpulan penggodam (hackers) yang lebih dikenali sebagai anonymous menggodam lebih daripada 650 laman web Israel untuk menyekat segala kepentingan dan kemudahan di sana.
Tagline anonymous
Antara laman yang digodam seperti bank Jurusalem dan beberapa kementerian di Israel. Godam besar-besaran yang diberi nama OpIsrael adalah sesuatu yang dilakukan oleh pakar siber yang tidak dapat dikenalpasti.
Mesej yang disampaikan oleh anonymous dalam Youtube

Walaubagaimanapun sudah tentu kerajaan Israel mempunyai backup terhadap database yang musnah. Namun kemusnahan database secara besar-besaran ini memberi kesan terhadap negara tersebut dalam jangka pendek. Diharapkan tindakan mereka ini memberi mesej kepada Israel tentang penentangan dunia terhadap mereka.
Antara update twitter oleh anonymous selepas menggodam