Loading...


Minum Pepsilah Kalau Nak Kurus

Comments



Air berkarbonat Pepsi sememangnya amat popular di seluruh pelusuk dunia. Namun mampukah jenama minuman ringan ini menarik hati golongan obesiti untuk memilih Pepsi sebagai jenama nombor satu mereka. Kalau difikirkan berkali-kali tak mungkin minuman yang kaya dengan gula ini tersenarai sebagai minuman harian untuk mereka.

Kalaulah ya mungkin mereka sangat berani untuk menempah keperitan yang bakal mereka hadapi 10 tahun lagi. Namun semua itu tidak perlu digusari lagi kerana Pepsi sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik ini. Untuk mengelakan mereka daripada kempunan maka Pepsi memperkenalkan satu lagi produk baru yang dipanggil Pepsi Special. Pepsi Special merupakan minuman fat-blocking ataupun halang lemak daripada terhasil. Walaupun begitu Pepsi masih tidak mengumumkan berapa kalori yang terkandung dalamnya. Minuman yang kaya dengan serat dextrin ini bukan sahaja mampu memberi kekenyangan malah mengurangkan tenaga yang diserap melalui makanan yang diambil daripada bertukar menjadi lemak. Pepsi Special bakal dilancarkan pada 13 November ini di Jepun. Apapun harap ia bakal memberi kesan positif kepada peminum bukan negatif. Kalau asyik minum Pepsi tapi tak bersenam tak guna jugak. Fikir-fikirkan.
Pepsi Special
Khas bagi yang nak berdiet


 Credit :
Google