Loading...


Komunikasi Hanya Dengan Bau???

Comments

Bolehkah manusia berkomunikasi dengan bau? Perkara ini jika difikirkan amat jauh daripada asas logik namun ia tidak mustahil. Baru-baru ini seorang daripada saintis Belanda telah melakukan kajian terhadap bau yang dihasilkan oleh manusia berdasarkan keadaan emosi mereka. Ternyata sebenarnya bau juga bergantung kepada emosi.


                                                         Can We Communicate Emotions By Smell
Beberapa eksperimen telah dilakukan kepada beberapa orang lelaki yang melihat filem seram dan juga filem yang jijik.Peluh mereka diambil sebagai sampel dan diberi bau kepada beberapa orang wanita untuk diuji. Seperti yang dijangkakan oleh saintis, ekspresi wajah wanita tersebut menunjukan wajah ketakutan manakala wanita yang membau 'peluh jijik' menunjukan wajah loya. Perkara ini berlaku kerana setiap peluh manusia mengandungi chemosignal - bahan kimia atau hormon di mana ia berhubung terus dengan emosi seorang manusia. Kebiasaannya chemosignal boleh ditemui di dalam air mata manusia.
                                                        
Chemosignal ini juga kebiasaannya digunakan oleh binatang bertujuan untuk memberi amaran tentang bahaya dan sebagainya. Sebenarnya komunikasi bukan sahaja daripada lidah dan reaksi tubuh badan. Komunikasi sebenarnya juga adalah daripada aspek bau. Kajian ini dilakukan dan dibangunkan bertujuan dalam mencari komunikasi alternatif kepada manusia yang koma atau tidak sedarkan diri berhubung dengan manusia yang sedar. Sehingga hari ini kajian ini masih lagi berjalan dan diharapkan ia dapat membantu manusia untuk berhubung dengan pesakit yang koma.