Loading...


Kisah Benar : Tongkol mengganas 12 jam tanpa air

Comments


 

Kisah ini benar-benar berlaku di negara matahari terbit tak lain tak bukan iaitu negara Jepun. Menurut nelayan Jepun ikan tongkol (mackerel) atau lebih dikenali aya yang ditangkap itu tidak mati walaupun dibiarkan tanpa air berjam-berjam lamanya.Persoalannya mengapakah ianya terjadi??Dan kenapa ianya hanya berlaku di negara tertentu dan bukan di Malaysia???Lebih menghairankan ialah bagaimanakah fenomena ini menular di negara tersebut??Soalan demi soalan timbul di buah fikiran tentang punca dan titik tolak kepada insiden ini. Mydecrescendo hari ini ingin membongkar bagaimanakah ini boleh berlaku. 

Kaimin Katsugyo atau lebih dikenali sebagai akupuntur ikan adalah jawapan bagi persoalan yang timbul di kotak fikiran anda.Kaimin yang membawa maksud tidur nyenyak dan Katsugyo - ikan hidup adalah sejenis teknik unik yang dilakukan oleh masyarakat nelayan Jepun malah di Korea untuk membawa ikan dari laut ke pasar dalam keadaan masih hidup.
Akupuntur yang diasaskan dari tamadun China ini merupakan teknik yang sangat cekap serta ekonomikal kerana mudah dan cepat.Hanya menggunakan jarum yang sesuai ikan tongkol menjadi lumpuh dan mengurangkan sistem pernafasannya.Teknik ini digunakan dengan meluas di Jepun kerana ia penting bagi memastikan kesegaran ikan terpelihara untuk membuat hidangan yang cukup popular di negara itu yang dipanggil shashimi. Shashimi adalah makanan Jepun berasaskan ikan mentah yang di potong secara rapi dan nipis.Ia juga kebiasaannya dimakan bersama sushi ataupun kimbap. Oleh itu kesegaran amat dititik-beratkan dalam menghasilkan Shashimi yang lazat.Teknik ini bukan sahaja memberi kesegaran kepada hidangan ini malah menambah keenakkannya.


                                        

Kebiasaannya sebelum hidangan ini diperkenalkan Shashimi yang berkualiti hanya dapat dirasa oleh nelayan di atas bot namun dengan adanya teknik ini walaupun masyarakat pedalaman juga mampu mendapat keistimewaan ini.Walaupun begitu teknik ini hanya mampu menahan ikan daripada mati dalam anggaran 8 - 12 jam. Bukan sahaja tongkol malah beberapa lagi jenis ikan juga sesuai menggunakan teknik ini termasuk ikan air tawar iaitu kap.Menurut nelayan Jepun lagi kaedah ini apabila digandingkan dengan inovasi sains mampu meningkatkan lagi operasi penghantaran ikan dengan lebih efisyen dan ekonomi kerana ianya tidak memerlukan ais dan bahan kimia lain untuk memastikan kesegaran ikan.