Loading...


Kejadian LEMAS, Apa tindakan anda?

Comments

Pada mereka yang menganggap perkara ini remeh saya syorkan anda boleh close page ini  dengan segera. Kerana tiada guna bagi kita membaca sesuatu yang tidak bermanfaat kepada diri sendiri. Kebanyakan daripada kita hanya ingin mendengar atau membaca sesuatu yang berkaitan dengan hidup masing-masing misalnya kita mendengar belanjawan negara pada klausa yang hanya berkaitan dengan kita, jarang meneliti belanjawan secara menyeluruh.
Begitu juga pada kes lemas, selagi tidak terkena pada individu itu sendiri mahupun insan penting dalam hidup mereka, keprihatinan itu semakin menipis dalam sifat-sifat kemanusiaan. Persoalannya wajarkah mereka yang memerlukan pertolongan ini dibiarkan begitu sahaja. Entri kali ini nampak remeh namun ia mungkin boleh menyelamatkan jiwa dan nyawa seseorang. Justeru kita harus melakukan kebaikan bukan hanya untuk diri sendiri malah mereka yang berada di sekeliling kita.
Untuk menyelamatkan mangsa yang lemas, pengetahuan itu  sangat penting namun tidak semestinya mempunyai sekeping lesen barulah kita memikul tanggungjawab tersebut. Di sini ada beberapa langkah mudah membantu mangsa lemas jika ia berlaku di hadapan mata kita.

Tindakan Menyelamat di Air.
■ Jerit minta bantuan.
■ Buat panggilan kecemasan atau, cari orang lain untuk buat panggilan agar kita tidak terlepas pandang ke arah mangsa.
■ Jika ada buoy keselamatan  – tali pinggang keselamatan atau benda boleh apung seperti bola – campakan ke arah mangsa. Cari buoy keselamatan sebagai langkah utama atau ikat jeket keselamatan pada tali dan campakan
■ Jika tiada alatan menyelamat gunakan benda seperti tali, batang kayu, pendayung, joran atau batang pokok untuk capaian mangsa
■ Jangan masuk ke dalam air jika anda tidak diiktiraf untuk menyelamat. Jika terpaksa ikat pinggang anda dengan tali dan diawasi oleh seseorang serta berjaga-jaga pada kedalaman anda. Gunakan alat yang terapung sebagai tempat berpaut.

Rawatan Untuk Mangsa
Tarik mangsa keluar daripada air. Bersihkan di bahagian hidung mangsa dari segala bendasing - lumpur, rumpai dan lakukan CPR jika memerlukan.
■ Jika muntah selepas melakukan CPR, pusingkan mangsa mengiring untuk memudahkan mangsa bernafas.
■ Rawat untuk hipotermia - untuk mengelakan kesejukan.
■ Cuba membantu mangsa bernafas dengan betul sementara menunggu bantuan profesional.

Diharapkan entri ini membantu sedikit-sebanyak dan dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai manusia.

Credit : Google