Loading...


5 Ciptaan Thomas Edison Yang Kita Tak Tahu

Comments

Pasti semua sudah mengenali Thomas Edison, seorang pencipta yang mempunyai bakat besar. Sudah tentu jika kita mendengar namanya, bulb adalah perkara pertama yang pop-up di laman minda  kita. Sedar atau tidak sebenarnya banyak lagi ciptaan Thomas Alva Edison yang sudah banyak memberi manfaat kepada kita. Jika nak disebutkan satu persatu amatlah banyak jadi untuk hari ini biarlah My Decrescendo berkongsi 5 Ciptaan Thomas yang kreatif.


1. Perakam Elektrografik Undian - Alat ini dicipta pada tahun 1869 olehnya untuk memperolehi undian sewaktu persidangan dengan masa yang singkat.
Mudah dan singkat dalam pengundian dewan
2. Pen Stencil Fenomatik - Alat ini dicipta pada tahun 1876 untuk digunakan sebagai alat untuk menyalin dokumen. Alat Tattoo hari ini adalah inovasi terhadap ciptaan Thomas yang asas.
Asas Pen Fenomatik
3. Meter Kuasa Elektrik - Meter Eletrik rumah hari ini juga diasaskan oleh Thomas yang dikenali sebagai Webermeter pada tahun 1881.
Meter Dengan Menggunakan Elektolitik dan ZInk
4. Kereta Elektrik - Kereta Elektrik pertama  dicipta pada tahun 1899 dengan menggunakan bateri alkaline. Walaubagaimanapun Thomas berputus asa dengan hasil kerjanya kerana waktu itu ramai yang sudah menggunakan gasoline. Namun sehingga sekarang bateri alkaline ciptaan Thomas masih digunakan di Boya laut, dan lampu landasan keretapi malah Henry Ford juga menggunakannya pada model kereta TS nya.
Kereta Elektrik moden
5. Rumah Konkrit - Thomas juga mempunyai syarikat pembinaan yang dikenali Edison Portland Cement yang banyak digunakan di New York untuk pembinaan struktur di sana. Rumah konkrit telah diilhamkan sejak 1900 lagi oleh Thomas. Idea membina rumah konkrit ini sememangnya tidak mendapat tempat pada waktu itu kerana ia sangat janggal namun lihat sahaja rumah moden hari ini semuanya adalah berasaskan konkrit.
Rumah konkrit yang kukuh lambang kekayaan
Credit : Google