Loading...


4 Keajaiban Hidupan Laut Yang Kita Tak Tahu

Comments

Hidupan laut merupakan ciptaan tuhan yang begitu indah dan besar nilainya. Khazanah alam ini menyimpan 1001 misteri serta keunikan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia. Terlalu banyak manfaat yang dapat kita perolehi daripadanya jika kita mencari dan mendalami tentang ilmu alam yang tiada batasan. Berbalik kepada hidupan laut, sifat hidupan laut sendiri adalah sesuatu yang ajaib. Bukan sahaja menarik di mata tetapi hidupan laut juga mempunyai ciri-ciri yang sukar diterima logik akal. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi tentang keajaiban hidupan laut yang sangat menakjubkan.



Ikan Badut - clown fish (amphiprioninae)
Tahukah anda ikan badut boleh bertukar jantina daripada betina kepada jantan atau sebaliknya. Kebiasaannya ikan badut hanya mempunyai seekor betina dalam kumpulannya.


Penyu Hijau - green sea turtle (chelonia mydas)
Menurut pengkaji hidupan laut, penyu hijau pula mempunyai kelebihan yang cukup hebat. Hanya untuk bertelur sahaja, penyu hijau mampu berenang sejaun 1400 batu (2592.8 km) untuk mencari tempat yang sesuai.

Ikan lumba-lumba,paus - dolphin, porpoise dan whales (delphinidae, phocoenidae and cetacea)
Keunikan ikan lumba-lumba dan paus ialah apa sahaja yang ia makan ia tidak perlu kunyah. Hal ini terjadi kerana ia akan menelan sekali gus makanannya.

Batu Karang - coral (phylum cnidaria)
Tahukah anda bahawa batu karang boleh menggantikan cantuman tulang manusia. Ia juga boleh mengubati keretakan tulang dan juga masalah tulang yang tidak boleh pulih semula.

Credit : Google