Loading...


Kuasa Tuhan Yang Agung : Penemuan Kuasa Eletrik Bawah Laut

Comments

Sesungguhnya kuasa tuhan itu adalah mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi.Kerana setiap daripada kejadian di bumi ini membuat manusia berfikir tentang kebesaran dan keagungannya.Dalam Al-Quran ada menyebut " And those who have no knowledge say: "Why does not Allah speak to us (face to face) or why does not a sign come to us?" So said the people before them words of similar import. Their hearts are alike, We have indeed made plain the signs for people who believe with certainty."[AL-Baqarah:117-118­].

Dalam ayat tersebut menerangkan yang bahawa tanda dan kebesaranNYA bukan sukar untuk di cari kerana ianya sudah jelas di hadapan kita,cuma yang membezakan ialah ilmu dan pengetahuan kita dalam menafsir segala kekuasaan dan kejadian yang telah diperlihatkan. Sempena Hari Raya Haji atau Raya Korban yang mulia ini,mydecrescendo berbesar hati untuk berkongsi tentang satu keunikan yang ditemui oleh sekumpulan saintis yang di ketuai oleh Lars Peter Nielsen seorang ahli microbiologi daripada Denmark's Arhus University tentang rangkaian jaringan semulajadi yang menghasilkan signal dan juga mengalirkan elektrik di dasar laut di Teluk Arhus pada 2010 yang lalu.




Jangkaan pertama Nielsen ianya hanyalah keadaan
muka bumi yang menghasilkan elektrik namun apabila kajian mendalam dijalankan ia adalah sejenis bakteria yang dipanggil Desulfobulbaceae .Bakteria ini mempunyai keunikan tersendiri yang agak luar biasa kerana mampu hidup di dasar laut yang hampir tiada bekalan oksigen serta keadaan yang gelap ditambah dengan suhu yang ekstrem ,Subahanallah! Organisma laut dalam ini juga dilihat mempunyai struktur yang jarang ditemui iaitu mempunyai enzim elektron yang mampu menghasilkan aliran elektron serta perpindahan tenaga yakni energy transfer dalam jarak yang sangat jauh.Walaupun ditemui hanya sepanjang badan seorang manusia di bawah laut namun signal yang dihasilkan menjangkaui sejauh 12 batu atau 20 kilometer.Nielsen menambah lagi bahawa ia tidak menjangkakan bahawa bakteria ini bukan sahaja melakukan eletric transfer namun ia juga dilihat sebagai sambungan rangkaian signal.Baginya ini amat unik sekali kerana kebiasaannya kabel elektrik hanyalah daripada jasad-jasad yang tak bernyawa dan penemuan ini adalah seperti fantasi yang pernah dipopularkan dalam movie blokbuster Avatar di mana pokok juga mempunyai jaringan rangkaian tersendiri.