Loading...


8 Tips Untuk Kekal Jimat

Comments

Salam semua.Untuk berjimat kadang-kadang memerlukan pengorbanan yang besar.Pendirian kita selalu akan digelakkan oleh rakan.Kadang kita sendiri menjadi bosan dengan gaya hidup berjimat.Kereta kecil,telepon murah dan sebagainya membuat kita hilang keyakinan diri.Di sini ada beberapa tips untuk kita kekal sederhana dan berjimat tanpa mengalami masalah kurang keyakinan diri.


1.Jangan biarkan penjimatan kita menyekat impian diri
Jangan hanya kerana kita boleh hidup dalam keadaan serba kurang kita memilih untuk menjana pendapatan rendah.Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dalam menyelesakan kehidupan kita.

2.Penjagaan rapi diri sendiri
Kita tak perlu kelihatan sakai dan selekeh hanya kerana kita suka berjimat dan sederhana.Kesihatan fizikal dan mental amat penting serta penampilan diri.

3.Pelihara barang sendiri dengan baik
Walaupun kita ade kereta kecil bukan bermakna kita tak perlu maintenance dan sebagainya.Kita harus menjaga barang-barang kita kerana semuanya ada value tersendiri.

4.Seiring dengan teknologi terkini
Mempunyai gadjet tak semesti kita berlebihan dalam teknologi.Ia sekadar memudahkan kerja kita.Gadget yang murah tapi berguna sudah memadai.

5.Pergi mengembara
Kalau asyik duduk rumah akan membuatkan pengalaman kurang.Jadi pergilah ke tempat orang menimba pengalaman.Cause Experience is Worthy More Then Money.Jimat bererti berbelanja di atas kemampuan bukan bererti jangan sesekali berbelanja walaupun mampu.

6.Menjadi pakar atas sesuatu
Kita perlu ade hobi dan minat tersendiri barulah kita tidak akan terpengaruh dengan iklan-iklan tv dan media yang berleluasa.Cari satu aktiviti yang kita pakar.Sibukkan diri.

7.Tidak memboikot orang kaya.
Walaupun ada perbezaan dari perbelanjaan namun itu bukan sebab untuk kita menjauhi orang yang kaya.Mereka pon manusia biasa.Jimat bukan hanya bermaksud menyimpan seciput duit namun tafsirannya lebih dari itu iaitu sifar hutang.Janji tak berhutang.Apa nak dimalukan??

8.Maafkan diri bila ade pembaziran
Kadang-kadang kita nak berjimat tetapi terbeli pakaian yang mahal.Mungkin keinginan kita.Tak mengapa kerana berjimat bukan dalam jangka yang pendek tetapi jangka panjang.Walaupun kalah pada first lap tapi kita boleh menang juga sebab jimat seperti marathon.Jauh lagi perjalanan.

Ok.Itu sahaja untuk hari ini.Sekian.