Loading...


Retina Tiruan Teknologi Perubatan Moden

Comments

Salam semua.
Saintis Jepun telah menemui cara baru untuk menghasilkan bahagian pada mata menggunakan sel induk haiwan.
Penemuan ini juga  telah memberi harapan kepada sesetengah mereka yang buta dan mempunyai masalah kronik pada mata untuk kembali melihat semula.

Para saintis menggunakan sel tikus untuk membesarkan retina sintetik,di mana ia merupakan bahagian mata yang menerima pancaran cahaya dan menghasilkan signal ke otak untuk ditafsir.
Apa yang dilakukan adalah para saintis menambah protein kepada sel induk di dalam tabung uji dan dibiarkan membesar selama 10 hari.
Kajian eksperimen ini juga telah diterbitkan dalam satu journal iaitu NATURE.
Penemuan ini juga dapat menyelesaikan permasalahan dalam bidang embriologi hampir satu abad dengan membuktikan bahawa sel retina boleh digunakan sebagai struktur lengkap kata seorang pengkaji utama iaitu Yoshiki Sasai.
Sasai juga berpendapat bahawa ia adalah satu perkara yang menyeronokan kerana dapat menghasilkan bukan sahaja sel yang berbeza-beza,malah sel yang tersusun di mana ia akan membuka satu lagi lembaran baru kepada kaedah perubatan daripada penghasilan semula tisu.
Penyelidik juga berharap penemuan ini akan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan sel retina manusia kerana sel sintetik ini mampu digunakan dalam transplan atau pemindahan organ kepada pesakit melalui penyesuaian visual.Ia dijangka akan menjadi penemuan yang sangat membantu kepada warga tua yang memerlukan rawatan kepada masalah penghasilan tisu retina yang terbantut atau tidak berfungsi.

*embriologi = kajian yang penting dalam mengawal pembangunan genetik dan juga tindak-balas sel serta ia berkait dengan kajian tentang sesetengah penyakit dan kajian sel induk.