Loading...


Kopi Rasanya Pahit Tapi...

Comments

Salam semua.
Setiap benda di atas muka bumi ini mempunyai fungsi atau peranannya yang tersendiri.Tiada satu benda pun yang dijadikan adalah sia-sia.Setiap ciptaan-Nya ada kegunaan dan juga kepentingan.Manusia tidak pernah tahu tentang rahsia kejadian alam semesta kecuali mereka mengkaji dan meneliti akan tiap-tiap kejadian itu.Entri kali ini ingin menceritakan serba-sedikit tentang kebaikkan serta fungsi kopi.Kopi adalah minuman yang sebenarnya mempunyai 1001 kebaikan.Minuman ini menjadi minuman utama dunia selain daripada teh dan juga minuman jenis bijirin.Sudah banyak kajian membuktikan bahawa manusia yang gemar minum kopi adalah mereka yang kurang risiko kepada pelbagai jenis penyakit.Antaranya ialah diabetes jenis 2,gallstones(batu karang),parkinson,cirhosis dan beberapa jenis kanser.

kesihatan,tips kesihatan,health,health tips,derma darah,kebaikan kopi,kebaikan teh,minuman kopi,kopi,teh,kandungan kopi,elok kopi,coffee benefits,tea benefits
Ia juga adalah sebatian yang mengandungi anti-oksida,iaitu sebahagian daripada sifat kopi yang terkenal sebagai minuman pelindung kepada pelbagai jenis penyakit.Kajian yang dibuat daripada universiti Harvard mendapati manusia yang minum kopi mempunyai risiko yang rendah untuk menghidapi kardiovaskular berbanding mereka yang tidak.Manakala kajian masyarakat Norway pula mendapati kopi asli yang baru dikisar mempunyai anti-oksida yang lebih tinggi berbanding satu hidangan blueberries,rasberries serta jus buahan yang lain.
Selain daripada itu juga Kopi adalah merupakan penenang yang membantu otak berfikir dengan lebih fokus.Bukan sekadar baik kepada badan malah ia juga elok kepada otak.Satu kajian menunjukkan seekor tikus yang kurang tidur menjadi lebih tenang apabila didedahkan dengan aroma kopi yang dipanggang.
Kaedah Pengambilan Kopi :
Masih ramai lagi pakar pemakanan yang mencadangkan agar kopi diminum secara sederhana.iaitu satu atau dua cawan sehari tanpa tambahan gula dan susu.Manfaat kopi akan berkurang jika bahan ini ditambah.Jika  minum secara berlebihan,kaffein akan menyahhidratkan badan serta meningkatkan tekanan darah.Wanita yang mengandung juga harus berhati-hati dalam mengambil kopi kerana jika diambil berlebihan akan membawa kepada keguguran.Jika korang takut kepada kolestrol,tapis minuman kopi korang dengan penapis yang halus kerana kopi yang tidak ditapis mengandungi bahan peningkat kolestrol iaitu "cafestol" yang tinggi berbanding yang ditapis.

kesihatan,tips kesihatan,health,health tips,derma darah,kebaikan kopi,kebaikan teh,minuman kopi,kopi,teh,kandungan kopi,elok kopi,coffee benefits,tea benefits