Loading...


Ais Krim Sedap Dan Sihat

Comments

Salam semua.
Kalau cuaca panas ni membuatkan korang mengidam akan ais krim,sini ada cara paling mudah untuk makan ais krim yang lazat tetapi elok untuk kesihatan.Selalunya untuk kekalkan kalori yang rendah ais krim yang paling sesuai ialah ice lolly terutamanya yang diperbuat daripada jus buah-buahan.Ataupun kita juga boleh makan ice lolly bersama ais krim.Jika korang suka akan yogurt ,cuba campur dengan ice lolly.Mesti sedap punyer..

Sorbet dan juga Ais Batu Campur (Ais Kacang) memang sedap dimakan selepas makan malam.Memang sangat menyegarkan.Sorbet adalah manisan sejuk yang dimakan oleh masyarakat timur tengah seperti di Turki dan Negara di Teluk Arab.Kebiasaannya ia menggunakan jus buah-buahan.Rasanya sama macam ice lolly yang kita selalu makan tapi lebih sedap rasanya.
Kat sini ade resipi untuk korang buat Sorbet Basil dan Limau.Bagi yang tak tahu daun Basil tu ape,lepas ni pergi kat shopping tanya Promoter kat situ,kat sini ade tak daun yang selalu orang itali guna untuk masak pasta.Biasanya ade kat Jusco atau Shopping2 kat KL.
Caranya
1.Didihkan 200g gula dan 235ml air selama satu minit.
2.Sejukkan ia.Campurkan dengan 180ml jus limau nipis segar dengan 20 helai daun Basil di dalam pengisar
3.Tuang ke dalam bekas container,tutup dan sejukkan dalam freeze(peti sejuk atas) selama 2 jam.
4.Keluarkan dan kisar sehingga ia menjadi lembut.
5.Masuk dalam container,tutup semula serta sejukkan dalam freeze sehingga ia betul-betul siap untuk dihidang.