Loading...


5 Kegunaan Luar Biasa Softener Baju

Comments

Pertama
Sebagai pembersih habuk di belakang dan celah-celah tv.
Caranya korang basahkan kain buruk dengan sedikit softener.Kemudian lap habuk dengan kain tersebut seperti biasa.

Kedua
Untuk menanggalkan wallpaper kat dinding.
Kacau satu penutup softener dengan 1 liter air,gunakan span untuk membasahkan wallpaper.Biarkan wallpaper basah selama 20 minit dan tanggalkan wallpaper.Jika wallpaper itu kalis air gunakan berus wire bristle sebelum menarik wallpaper.

Ketiga
Melembutkan berus cat
Selepas menggunakan berus,bersihkan berus dengan air dan bilas dengan campuran softener-air.Keringkan dan simpan ke dalam stor yang kering.

Keempat
Pengurai dan Perapi Rambut
Masukkan sedikit cecair softener ke dalam air dan larutkan ia.Gunakan ia selepas shampu rambut.Penggunaan softener bergantung kepada keadaan rambut.Jika rambut tidak terlalu kusut,gunakan sedikit,jika masalah rambut terlalu kusut ,gunakan sebatian  yang pekat.
Kelima
Menanggalkan kotoran berjenis cecair pekat
Letakkan softener di bahagian  yang kotor.Biarkan ia selama 10 minit sehingga kembang.Kemudian lap ia dengan kain basah dan bilas.