Loading...

Vitamin Yang Menyelamatkan Nyawa

Comments

Salam semua.
Untuk post kali ni aku cuma nak berkongsi tentang fakta penting mengenai vitamin D.Rata-rata mengetahui yang vitamin D boleh diperolehi melalui pendedahan kepada sinaran matahari.Namun terlalu lama terdedah kepada matahari akan menyebabkan masalah kepada kulit.Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapat kebaikan sinaran matahari tanpa memberi sebarang risiko kepada kulit?
vitamin D,kebaikan vitamin,vitamin yang baik,sinaran matahari,kebaikan sinaran matahari,kebaikan pancaran matahari,sumber vitamin D,kajian vitamin D,kebaikan ceri,buah ceri,ceri,kesihatan,health,tips sihat,tips,perubatan,ubat,alternatif,vitamin,potassium,melatonin,lifestyle,sembuh,keradangan,heart disease,penyakit jantung,darah,melaka,malacca,diet sihat,cara terbaik diet,diet terbaik,grain,wholegrains,vegetables,sayur,gandum,fruit
Kurangnya vitamin D dalam badan akan membawa kepada penyakit-penyakit kronik seperti osteoporosis (penyakit tulang rapuh),diabetes(kencing manis),hypertension(darah tinggi) dan juga cancer(barah).Dan apa yang lebih memburukkan lagi ialah hasil dalam kajian terbaru yang dijalankan,orang dewasa yang tidak mendapat vitamin D atau lebih dikenali sebagai Sunshine Vitamin dengan kadar yang cukup mempunyai kebarangkalian sebanyak 26 peratus untuk mati lebih awal.
Bagaimanapun kajian 12 tahun yang melibatkan hampir 13,000 orang dewasa ini tidak menentukan salah satu sebab kematian adalah disebabkan vitamin D kerana implikasi kekurangan vitamin D adalah sangat luas dan sukar untuk diperincikan kata Dr Michal Melamed,seorang penolong profesor perubatan di Kolej Medical Albert Einstein.
vitamin D,kebaikan vitamin,vitamin yang baik,sinaran matahari,kebaikan sinaran matahari,kebaikan pancaran matahari,sumber vitamin D,kajian vitamin D,kebaikan ceri,buah ceri,ceri,kesihatan,health,tips sihat,tips,perubatan,ubat,alternatif,vitamin,potassium,melatonin,lifestyle,sembuh,keradangan,heart disease,penyakit jantung,darah,melaka,malacca,diet sihat,cara terbaik diet,diet terbaik,grain,wholegrains,vegetables,sayur,gandum,fruit
Berapakah jumlah matahari diperlukan?
Terdapat banyak kekeliruan tentang jumlah masa yang sesuai untuk terdedah kepada matahari dalam mendapatkan vitamin D.Jawapannya adalah dalam jumlah yang kecil sahaja.Jumlah pancaran UV  yang diperlukan oleh kita adalah berubah-ubah,tapi sebagai langkah berjaga-jaga kepada sesiapa yang mempunyai kulit sederhana atau sensitif maka mereka hanya perlukan 6-8 minit dalam masa 4-6 kali seminggu.Pendedahan ini haruslah dilakukan di antara pukul 10 pagi  - 2 petang dan anggota badan yang terlibat ialah muka,tangan,dan lengan menurut Agensi Osteoporosis Australia.Masa pendedahan ini kebiasaannya tidak akan memberi sebarang reaksi buruk kepada kulit seperti kemerahan dan apa yang perlu dielakkan oleh golongan ini ialah waktu puncak UV.Kepada mereka yang berkulit gelap pula mereka memerlukan lebih kurang 15 minit setiap sesi.Kumpulan yang tinggi risiko untuk kurangnya vitamin D adalah mereka yang berkulit gelap,memakai baju jubah dan pakaian keagamaan,orang yang suka duduk di rumah dan orang tua.
Hubungan Tulang dan Vitamin D
vitamin D,kebaikan vitamin,vitamin yang baik,sinaran matahari,kebaikan sinaran matahari,kebaikan pancaran matahari,sumber vitamin D,kajian vitamin D,kebaikan ceri,buah ceri,ceri,kesihatan,health,tips sihat,tips,perubatan,ubat,alternatif,vitamin,potassium,melatonin,lifestyle,sembuh,keradangan,heart disease,penyakit jantung,darah,melaka,malacca,diet sihat,cara terbaik diet,diet terbaik,grain,wholegrains,vegetables,sayur,gandum,fruit
Vitamin D meningkatkan daya penyerapan kalsium,oleh itu apabila ianya kurang ia akan menyebabkan masalah osteoporosis.Masalah penyakit tulang rapuh ini merupakan masalah yang banyak dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia.Menurut penyelidik lagi masalah penyakit tulang osteoporosis pada pinggul akan melanda masyarakat Asia sebanyak 50 peratus pada tahun 2050.
Sumber Vitamin D
Sumber utama adalah matahari namun ia juga boleh diperolehi daripada ikan-ikan laut yang besar seperti salmon,hati dan juga telur.Makanan supplement juga ada sebahagian yang mempunyai vitamin D.Vitamin D boleh disimpan di dalam badan dalam tempoh 30-60 hari.
Sekian sahaja info kesihatan untuk kali ini.Harap korang dapat gunakan pengetahuan ni sebaik mungkin untuk kesihatan korang.Jumpa lagi!