Loading...


Movie Korea Mesti Tengok!

Comments


Salam semua readers.Kali ni aku nak share dengan korang satu lagi Movie yang paling latest kat Korea.Mungkin ada diantara korang yang pernah dengar movie ni.Tak lain tak bukan Come Rain Come Shine.Movie ni dijangka akan ditayangkan pada 3 Mac ini di Korea Selatan.Come Rain Come Shine atau dalam Hangul Sa-rang-han-da Sa-rang-ha-ji Anh-neun-da merupakan sebuah filem arahan Lee Yoon-ki,antara pengarah filem yang terkenal di Korea.Filem ini dikatakan antara filem terbaik di Korea yang pernah dihasilkan pada tahun ini.Filem ini yang digandingi oleh Hyun Bin dan juga Im Soo-jeong telah dicalonkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin(Berlinale) yang ke-60 sebagai filem utama yang bertanding.Filem berdurasi hanya 105 minit ini membawa genre romantik dan melodrama yang berlatar belakangkan kisah hidup satu pasangan yang dipenuhi suka-duka dalam percintaan.Dalam filem ini Hyun Bin memegang watak sebagai lelaki yang penuh dengan rahsia dan sukar untuk didalami manakala Im Soo-jeong pula sebagai seorang perempuan yang sanggup meninggalkan rumah kerana seorang lelaki.Apa yang uniknya dalam cerita ni ialah mereka telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun namun mereka memilih untuk menyembunyikan perasaan dalam hati masing-masing sehinggakan hidup mereka dipenuhi dengan teka-teki yang tidak terungkap.Bagi aku filem ni wajib tengok kerana mempunyai kelainan.Barisan pelakon yang hebat dan pengarah yang berkebolehan pasti akan memberikan sentuhan yang cukup dramatik.Pada peminat Movie Korea yang suka download pesan aku kalo korang ade filem ni nanti jangan lupe lak share dengan aku.Ok sampai sini jelah entri untuk kali ini.Aneyonng (^_^)