Loading...


Misteri 2 Matahari Di China,Saintis Masih Kelu

4 comments

Hi guys.Hari ni aku nak kongsi satu lagi bende menarik yang berlaku kat dunia kita sekarang.Info ni aku baca dalam sebuah artikel barat jadi eloklah kalo disebarkan sebagai pengetahuan bersama.Dari apa yang aku baca saintis terkemuka di seluruh dunia sedang giat mencari penjelasan tentang dua matahari yang kelihatan di langit di Negara China beberapa hari yang lalu.Dua Matahari  yang diceritakan dalam sebuah laman web Life's Little Mysteries adalah berbentuk oren yang agak kabur dan satu lagi dengan bentuk bebola kuning.
Kedudukan kedua-duanya hampir menyentuh dengan celahan yang agak kecil menurut berita yang disiarkan daripada sebuah saluran television di China.

Bagaimanapun insiden ini masih tidak ada penjelasan lengkap daripada para saintis.Jim Kaler,seorang astronomer daripada Universiti Illinios yang bertanggungjawab menerbitkan kajian ilmiah mengenai langit diwaktu siang dan malam mengakui bahawa walaupun ada kemungkinan insiden ini berpunca daripada imej berkembar disebabkan pembiasan optik namun ia masih tidak menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada kajian lanjutan yang dijalankan oleh beliau.
Ilusi yang berpunca daripada pembiasan selalunya berlaku berhampiran dengan horizon di mana udara tebal dan zarah dalam atmosfera membengkokkan cahaya dan menghasilkan ilusi ; tambahan lagi imej yang dihasilkan seharusnya lurus mencancang bukannya imej kedua-duanya berdekatan seperti yang berlaku dalam kes ini katanya.Kaler memberitahu wartawan dari website Life's Little Mysteries "Mesti ada satu tompok di mana-mana kawasan atmosfera yang menjadi punca sebenar fenomena yang agak jarang ini," beliau juga menyifatkan fenomena ini sebagai menarik dan mempunyai keunikan.
Satu lagi saintis yang mengkaji atmosfera di Institut Kerjasama Bahagian Kajian Satelit dan Meteorologi Universiti Wisconsin,Grant Perry turut berasa terkejut dan keliru kerana menurut beliau pembiasan seperti ini memerlukan beberapa kriteria dan syarat yang membuat zarah di udara membias cahaya matahari untuk menghasilkan imej seperti ini.Kedua-dua saintis bagaimanapun bersependapat bahawa fakta mengenai insiden ini bukan daripada manipulasi digital atau pun kreativiti jurugambar.