Loading...


Menarik : Laptop Kawalan Mata

Comments

Salam semua.Post kali ini agak menarik.Ia adalah tentang satu lagi inovasi baru yang akan menjadi teknologi masa hadapan kelak.Inovasi pertama global ini yang menawarkan pengguna Laptop membuka fail,memainkan muzik dan melihat gambar hanya dengan kuasa mata telah menjadi bualan hangat pada minggu lepas setelah ianya diperkenalkan pada satu Pameran Teknologi Tinggi Sedunia yang berlangsung di Hanover,Jerman.

Laptop ini juga kelihatan biasa namun ia adalah Laptop yang mengintegrasikan 'cutting edge' atau teknologi terkini dengan sebuah syarikat Sweden iaitu Tobii yang mengilhamkan teknologi di mana laptop akan mengikuti gerakan mata pengguna dan mengendalikan menu serta ikon pada komputer riba anda.
Prototaip ini juga baik untuk persekitaran kerana ia dapat mengesan bila anda tidak melihat screen maka secara automatik ia akan masuk ke mod screen saver dan menjimatkan tenaga.
Untuk menggunanya semula hanya perlu memandang screen semula dan ia akan terbuka.
Seorang jurucakap bagi syarikat Sweden Ander Olsson berkata laptop ini pasti akan menjadi laptop masa hadapan jelasnya.Laptop ini juga dikatakan mampu melakukan multi tasking dan ia berkeupayaan meningkatkan produktiviti kita berbanding dengan menggunakan laptop biasa.Untuk pengetahuan semua manusia telah menggunakan keyboard dan mouse lebih 1/4 abad dan kini sudah masanya kita berubah angin menggunakan mata dan deria yang lain.
Sebenarnya teknologi ini sudah berkembang jika kita lihat ada teknologi kereta sekarang yang menggunakan sensor mata untuk langkah keselamatan di mana kereta itu akan mengetahui samada pemandu itu mengantuk ataupun tidak dan ia juga digunakan bagi membantu manusia yang lumpuh untuk melakukan kerja harian mereka hanya dengan menggunakan gerakan mata.Namun ini adalah kali pertama ia dilakukan ke atas Laptop.
Prototaip baru ini hanya menunggu permintaan daripada syarikat IT yang ingin membangun teknologi ini agar ia dapat dipasarkan kelak.Ini mungkin untuk beberapa tahun lagi.Jadi pada mereka yang ingin gadjet baru ni dah boleh mengumpul duit dari sekarang kerana tenologi baru kebiasaannya tidak dijual dengan harga yang murah.So that's all for today.Thanks.