Loading...


JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

Comments


Salam kat semua pembaca.Seperti yang korang sedia maklum Ben Ashaari ada membuat siri Jelajah Blog Lelaki 2011 jadi aku rasa ini salah satu peluang baik untuk aku mempromosi blog aku secara tak langsung aku dapat menceritakan sedikit tentang mengapa aku berblog.

Sebenarnya aku berblog atas sebab memang aku suka menulis artikel yang menarik dan membaca artikel orang lain.Selain itu aku rasa dengan cara ini boleh menambah pengetahuan aku secara tak langsung dapat mengetahui segala perkembangan semasa dan isu-isu menarik.Berblogging ini bagi aku aktiviti yang berfaedah dari segi menambah pengetahuan,meningkatkan kemahiran dalam menulis dan juga memberi kepuasan pada si penulis.Waktu dulu aku memang suka menulis karangan bila di bangku sekolah tapi sejak dunia sekarang semakin pesat dengan teknologi jadi aku semakin obses dengan penulisan di blog.Sehingga kini aku dah menulis 140 post.Aku ucapkan ribuan terima kasih pada abang Ben Ashaari sebab dia aku jadi bersemangat untuk menulis blog.Jadi untuk sesiapa di luar sana yang suka berblogging teruskan usaha korang agar blog korang dapat dijadikan sebagai sumber pengetahuan pada kita semua yang minat membaca.

Pada pendapat aku Blogger lelaki lebih kreatif  dan mudah mendapat perhatian dari blog wanita kerana lelaki selalunya menulis post mereka diselit dengan gurauan yang mudah diterima pembaca,ringkas tak berkias-kias dan selalunya kandungannya mempunyai info yang memang wanita tercari-cari.Bukannya blog wanita tak menarik,ada banyak juga blog wanita yang sering mendapat perhatian itu aku tak nafikan cuma lelaki lebih kreatif dalam mencari sumber menarik untuk dijadikan post.Di Malaysia juga blogger lebih ramai wanita kerana tak ramai lelaki yang suka menulis jadi sudah tentu wanita akan rasa tertarik untuk membaca blog lelaki kerana kurangnya blogger dari kaum adam ini.Ini cuma sebagai pandangan dan bukannya aku mereka fakta.Terpulang kalau nak bersetuju atau tidak.

Blog wanita yang aku suka sangat membaca ialah blog Anastasyea , Red Mummy dan Izza.Bagi aku menarik dan kreatif.

Bagi sesiapa yang nak join bolehlah klik link kat atas tu.Segmen ini akan ditutup jam 12.00 malam ini.Thanks for reading.

RYPXCRDAGPK4