Loading...


Hubungan Seohyun Dan Yonghwa Kini Di Penghujung

Comments

Salam semua.Berita kali ini memang betul-betul hangat.Semalam temubual wartawan bersama wakil dari MBC telah pun memberitahu peminat yang kemungkinan rancangan variety Korea MBC "We Got Married" pasangan Yongseo akan sampai kepada penghujungnya bulan ini.Mereka akan melangsungkan perkahwinan 'virtual' mereka dijangkakan hujung April tahun ini.Wah sedihkan dah nak habis dah :'(
Keputusan ini dibuat berdasarkan jadual Seohyun dan Yonghwa yang agak padat tahun ini dan mereka sudah pun berbincang yang mereka akan meninggalkan rancangan ini agar dapat memberi komitmen dengan syarikat pengurusan mereka.

Walaupun belum ada apa-apa kenyataan yang dibuat daripada pihak MBC namun kelihatan mereka sedang membuat pengambaran yang terakhir bulan ini.
Khabar angin mengatakan mereka sudah mula melakukan episod wedding photoshoot.We Got Married adalah rancangan untuk pasangan mengenali satu sama lain sebelum berkahwin.Apabila mereka sudah mula rapat pihak penerbit berhak untuk menggantikan mereka dengan pasangan yang lain.Dan menurut sumber dari MBC penerbit masih lagi mencari pasangan baru dan dijangka mengumumkannya dalam bulan ini.
Seohyun dan Yonghwa yang juga merupakan ahli kumpulan penyanyi yang disegani di Korea,mempunyai jadual yang sangat padat pada bulan depan di mana SNSD terpaksa berhadapan dengan promosi album di Jepun April ini dan dijadualkan membuat 4 konsert di 4 buat bandar yang berbeza.Manakala Yonghwa pula sedang sibuk dengan drama terbaru MBC iaitu Festival dan segala aktiviti Promosi untuk menjayakan albumnya dan membuat kemunculan semula iaitu 'CN Blue Comeback'.
Bagaimanapun kedua-dua agensi mereka mengatakan "Tak ada sebarang keputusan lagi yang sudah dibuat".Namun rasanya memang sukar kalau nak teruskan kerana kepadatan jadual mereka.Apapun Good Luck kat diorang,hope diorang sentiasa berjaya dalam hidup.
Oklah sampai di sini sahaja berita hangat untuk kali ini , Aneyonng!

Sedih..sedih.. :'( .Tapi nak buat macamana.Ok sebagai pengubat kesedihan korang dengarlah Banmal Song buat kali terakhir.Video paling sweet aku pernah tengok!