Loading...


Gempar : Hana Kimi Version Korea Dengan Gandingan Pelakon Hebat

Comments

Salam semua.Topik kali ni memang hangat sebab kalo korang nak tahu ia menjadi trending topic sepanjang hari dekat twitter.Ape taknya barisan pelakon yang popular dengan syarikat hiburan paling berjaya di Korea akan bersama-sama menghasilkan drama korea Hana Kimi iaitu merupakan adaptasi daripada sebuah komik Jepun.

Ini merupakan pertama kali kerana sebelum ini drama Hana Kimi dihasilkan dalam 2 versi iaitu Jepun dan Taiwan.SM Entertainment adalah antara syarikat hiburan terbesar di Korea yang juga merupakan pengurus kepada artis-artis popular seperti Girls Generation,Super Junior dan banyak lagi hari ini menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan drama popular ini dalam versi Korea.
Kalo korang nak tahu komik ini telah tersebar luas iaitu terjual lebih daripada 17 juta cetakan.
Hana Kimi juga yang telah didramakan oleh Taiwan juga mendapat rating penonton tertinggi pada tahun 2006 manakala drama versi Jepun pula mendapat rating yang boleh dibanggakan iaitu 17.04 % penonton di Jepun.
Sejak itu kepopularitiannya tersebar di Korea maka SM Entertainment telah pon bersetuju untuk menandatangani kontrak untuk menerbit drama ini yang berlangsung pada 10 Mac.
Aku rasa memang bagus cerita ini dibuat dalam versi Korea kerana Korea memang terkenal dengan dramanya yang mantap seperti Winter Sonata dan lain-lain.Kalo korang tengok versi sebelum ini Hana Kimi menceritakan tentang seorang budak perempuan yang memasuki sekolah lelaki untuk mencari lelaki yang pernah menyelamatkan nyawanya dari peragut.
Drama ini akan berlatar-belakangkan kehidupan di sekolah budak lelaki dan keadaan terperinci yang digambarkan daripada komik tersebut iaitu sekolah yang dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang handsome.Wakil SM Entertainment memberitahu lagi drama ini mempunyai 16 episod keseluruhan menceritakan tentang impian dan harapan.Drama ini merupakan genre komedi remaja dengan aksi-aksi comel namun bukan itu sahaja ia juga mempunyai jalan cerita yang kuat dan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang popular dan berbakat.