Loading...


Album Baru CN Blue : First Step

Comments

korea,cnblue,kpop,koreanwave,hallyu,korean,k-drama,movies,song,music,muzik,koreamalaysia,hiburan,entertainment,album,newsong,lagubaru
Hi readers,untuk pengetahuan korang baru-baru ini CN Blue telah melancarkan album rasmi yang pertama iaitu First Step pada 21 Mac yang lalu.
Album yang mempunyai 12 track lagu ini kebanyakannya ditulis sendiri oleh mereka bersama menjadikan album ini begitu unik dan berkualiti kerana lagu-lagu yang dihasilkan mempunyai tarikan tersendiri dan penuh dengan pembaharuan melodi.Ini merupakan satu anjakan baru dalam arena muzik indie band di Korea.Lagu baru mereka ini telah menjadi tumpuan ramai malah lagu One Time dan I Don't Know Why sudah mula bertapak di Jepun dan menduduki ranking dalam Carta Oricon.
Judul Track Intuition yang bercirikan alunan guitar yang kuat menjadikan rentak lagu ini menjadi bertenaga jika sesiapa mendengarnya tambahan pula dengan suara vokal yang sangat agresif.Leader Jung Yonghwa antara penyumbang dalam album ini terlibat dengan menulis,mencipta dan penyusunan rentak lagu Love Girl manakala Lee Jong Hyun terlibat dengan Lagu Love Rides the Rain dan Thank You.Lagu Just Please yang pernah di debutkan di Japan juga ditulis sendiri oleh Yonghwa.Kalau korang nak dengar lagu baru diorang boleh klik kat bawah.



Check This Out !
01.Intuition (Title Track)
02.Love Girl

03.Imagine
04.I Don't Know Why
05.Loves Rides the Rain
07.One Time
11.Thank You