Loading...


Perubahan Pada Pasir Tunjuk Pergerakan Marikh

5 comments

Salam semua kat readers setia aku.Hari ni entri yang agak menarik tentang kisah pergerakan atas permukaan marikh iaitu perubahan atau dalam kata lain perpindahan pasir di Marikh.Menurut daripada sebuah majalah Journal Science bahawa gambar dari tebing-tebing pasir yang luas berhampiran kutub utara planet ini menunjukkan bahawa ada perubahan lanskap secara tahunan yang disebabkan faktor utama iaitu pembekuan dan pencairan gas karbon dioksida.

Manusia di bumi secara umumnya mengetahui tentang tebing pasir ini empat (4) dekad yang lalu iaitu semasa misi mariner 9 pada tahun 1971.Namun hanya empat (4) tahun yang lalu saintis terkemuka dalam bidang astrofizik berjaya mewujudkan teknologi untuk mengesan pergerakan semasa pada lanskap pasir di Marikh.Program Hirise atau lebih dikenali sebagai High Resolution Imaging Science Experiment telah membolehkkan para saintis untuk mempelajari pergerakan-pergerakan di permukaan Marikh lebih daripada dua (2) tahun Marikh yang bersamaan dengan 4 tahun bumi.
Kamera Resolusi Tinggi
Saintis-saintis astronomi dan fizik yang terkemuka berharap agar maklumat yang boleh diperolehi dari alat ini dapat digunakan untuk menambah lagi kefahaman tentang pergerakan dan pembentukan di Marikh serta ciri-ciri lengkap berkenaan Marikh.Malah dengan maklumat yang ada mereka boleh menggunakannya untuk meramal keadaan dan pembentukan Marikh yang akan datang.Untuk pengetahuan bersama Marikh adalah planet ke-empat daripada matahari dan namanya diambil daripada nama dewa perang pada zaman Tamadun Rom.Selain Mars ia juga dikenali sebagai 'red planet' atau Planet Merah.
Gambaran Gurun pasir di Marikh


Rasanye sampai sini jelah info tentang Planet Marikh.Untuk pengetahuan semua segala maklumat ini diambil daripada artikel Journal Science.Have a nice day,Adios!