Loading...


Most Wonderful Acoustic - Grenade

1 comments

Hi guys.Hari ni saya nak kongsi tentang kisah seorang pemain gitar yang memang saya minat dari dulu iaitu Sungha Jung.Sebelum ni saya dah ceritakan tentang kelebihan remaja yang baru berusia 14 tahun ni.Memang tidak dinafikan lagi bakat Sungha dalam mengintepretasikan muzik akustik tidak ada tolok bandingannya kerana dengan hanya mendengar lagu itu dalam masa beberapa hari,dia sudah boleh untuk memainkan lagu tersebut dengan baiknya.Memang pro budak ni.Pencapaian budak ni ialah lebih 38 videonya ditonton lebih dari 1 juta orang dan baru-baru ini dia berjaya mendapat anugerah daripada youtube bukan 1tube tau hehe...semua youtube yang bagi  lebih kurang 13 award kat dier.Antara video yang paling laris ialah Pirates of Carribean dengan 13,746,073 penonton.Tahun lepas juga dier ade menerbitkan album bertajuk Perfect Blue.Diharapkan kerjaya die terus berkembang kerana bakat yang ada dalam dirinya merupakan satu anugerah dari ilahi dan juga diharapkan anugerah itu terus dijadikan sebagai alat penghibur kepada sesiapa yang mendengarnya.Untuk penutup entri kali ini saksikanlah sendiri bakat budak 14 tahun bermain guitar ini dengan lagu Grenade dari Bruno Mars.(^-^)