Loading...


Makanan Diproses,Berlemak Punca Kebodohan Anak

1 comments

Salam semua readers.Hari ni entri masih lagi berkenaan kesihatan.Topik ni ditujukan pada mereka yang dah berumah tangga.Pada mereka yang masih bujang pon eloklah kalo korang membacanye sebagai info kat korang untuk masa depan.Tahukah korang memberi anak makan makanan yang kaya dengan lemak,tinggi gula dan yang dah diproses mungkin merendahkan IQ mereka berbanding ibu-bapa yang menjaga pemakanan dengan diet yang sihat pula akan meningkatkan IQ dan juga tahap kecerdikan anak mereka kata penyelidik British.


Ini adalah fakta benar kerana manusia yang pada awal tiga tahun pertama,otak manusia berkembang dengan pantas.Waktu itulah nutrien amat penting dalam mempengaruhi perkembangan otak dan juga kognitif.
Para saintis telah menemui bukti yang mengatakan diet yang tidak sihat mempengaruhi penurunan IQ semasa zaman kanak-kanak.
Ibu-bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka untuk mengamalkan makanan yang sihat sejak awal lagi.Kita semua sedia maklum yang makanan mempengaruhi perkembangan fizikal dan pembesaran tapi ia juga penting untuk meningkatkan kemampuan mental.
Dalam kajian ini juga saintis telah mengenalpasti 3 jenis diet basis yang diberikan pada anak-anak.Pertama yang diproses,tinggi gula dan garam.Kedua diet tradisional iaitu memberi anak mereka makan makanan yang kaya dengan sayuran dan daging.Ketiga ialah makanan yang seimbang iaitu buah-buahan,sayur-sayuran seperti salad dan pasta atau nasi.
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun apabila diberi makanan yang diproses akan ketinggalan 8.5 tahun peningkatan IQ berbanding kanak-kanak biasa kerana mereka mengalami penurunan IQ yang tinggi.Setiap tahun anak mereka akan menurun 1.67 poin IQ.Manakala merka yang memberi makananan yang seimbang pula mereka akan mengalami peningkatain IQ sebanyak 1.2 poin.Walau bagaimanapun kajian ini hanya dibuat pada kanak-kanak berumur 3 tahun.Kanak-kanak yang berumur 4,5 dan 7  pula menunjukan tiada kesan terhadap pemakanan pada IQ mereka.
Saintis juga membuktikan kanak yang mengamalkan pemakanan yang kurang sihat biasanya mempunyai kesan yang teruk seperti keupayaan fizikal yang lemah,tingkah laku yang kurang cergas dan lemah dalam kemahiran sosial.Junk food atau makanan segera sememangnya menjadi pilihan ibu-bapa berikutan kemampuan pendapatan mereka dan kesenangan daripada menyediakan makanan yang kaya nutrien.Namun mereka sebenarnya meletakkan masa depan anak mereka dalam risiko.
Makanan yang dimasak sendiri serta berkhasiat akan menjurus kepada perkembangan otak yang sihat pada kanak-kanak dan meningkatkan kecergasan dan pembesaran.Jadi sebagai ibu-bapa ini amatlah penting untuk anak anda membesar dengan baik dan pada korang yang bujang kalau nanti dah berumah tangga anak korang berilah yang terbaik agar nanti jadi genius barulah Malaysia ramai saintis hehe.Sekian dulu dari aku.Thanks for reading.Aneyoong!Adios!