Loading...


Kawan Dengan Babi?

4 comments

Hi readers.Hari ni MyDecrescendo ingin membuat satu liputan ekslusif berkenaan satu kisah yang pasti menarik bagi sesiapa yang membacanya.Kalau dulu aku dah menceritakan kisah pelik seekor anjing yang duduk di atas tembok tapi untuk entri kali ini memang lagi menarik.Pernahkah korang melihat gambar seperti ini.Sudah tentu korang terkejutkan??

Kejadian ni memang betul-betul berlaku iaitu di sebuah zoo di Jepun.Mereka memang sangat terkenal dek aksi chomel kemesraan dua ekor binatang yang memang menjadi tumpuan ramai.Kalo korang nak tahu zoo kecil ni famous pon disebabkan diorang berdua.Setelah aku mencari-cari maklumat tentang mereka sekali aku taip jer name diorang kat google memang terus keluar gambar dan video pasal dua ekor makhluk ni.
Kisah adik-beradik yang berlainan bapa ni memang sangat famous kat dunia tapi disebabkan aku baru jer tengok cerita kat TV Animal Farm maka aku memutuskan untuk membuat entri special tentang diorang.Kalo korang nak tau sedikit latar belakang pasal diorang kat sini ade sikit info mengenai mereka :
Nama : Miwa
Spesies : Monyet
Umur : Lebih Kurang 1 bulan
Zoo : Fukuchiyama Zoo (Western Japan )
Keluarga : Ditinggalkan
Status : Masih Bayi
Jantina : Tak pasti tapi sumber cakap betina
Nama : Uribo
Spesies : Babi Hutan
Umur : Lebih Kurang 1 bulan
Zoo : Fukuchiyama Zoo (Western Japan )
Keluarga : Ditinggalkan
Status : Masi Bayi
Jantina : Tak pasti mengikut sumber adalah Jantan
Mereka berdua ni memang tak dapat dipisahkan kalo dulu orang pakai pepatah bagaikan  belangkas kehulu kehilir tapi lepas korang bace entri ni, mesti korang gune pepatah baru ni 'bagai Miwa Dan Uribo berkepit kat zoo' haha.Sori syok sendiri...Ape yang aku bace daripada blog-blog di Jepun mereka berdua ni masih lagi baby dan diorang ditinggalkan oleh mak bapak diorang.Sebab mereka takde ibu dan bapa jadi mereka ni ditempatkan di sangkar yang sama.Mule-mule tu mase mereka baru-baru dalam sangkar mereka jangan kate mesra,pandang pon tak.Tapi setelah beberapa hari pihak zoo mendapati yang mereka ni mula menjadi rapat kerana duduk di dalam sangkar yang same  tidor ditempat yang same  dan makan pon same-same akhirnya Miwa atau monyet chomel ni mule berpaut pada Uribo,kemana sahaja Uribo atau baby boar ni pergi Miwa pasti akan duduk di belakangnya.Chomel kan?
Sampai diorang tidor pon Uribo akan dipeluk Miwa ibarat adik beradik yang sangat akrab.Ok sampai disini jelah entri untuk kali ini.Diharapkan korang enjoy bace artikel ni.Mereka memang chomel sebab kalo korang nak tau keakraban binatang yang berbeza spesies ni telah menjadikan setiap yang melihatnya kagum bagaimana mereka menyesuaikan diri mereka ditinggalkan tanpa ibu dan bapa.Jadi sepatutnya kisah ni dijadikan teladan pada kita .Adik beradik seharusnya tidak patut bergaduh kalo sekalipon bergaduh kenalah bertolak ansur.Sedangkan makhluk berlainan spesies pon boleh rapat inikan pula darah daging sendiri.Lagi satu JANGAN kita membuang anak sebab anak tu tak bersalah kalo korang nak tau anak ialah anugerah tuhan,berdosa kalo kita melawan takdir tuhan.Apepon hope you all like my entry,kalo boleh tekan like button skali k .Peace !

Sebagai penutup tengoklah video ni.Besh thumbs up!