Loading...


IPAD 2 LAGI GEMPAK

4 comments

Salam kat semua readers.Hari ni aku nak kongsi satu lagi gadjet baru daripada Apple.Bukan apple yang korang makan tu tapi Apple Corp.Kalau korang nak tau sekarang ni Apple sedang berusaha dalam pembikinan iPad yang baru.Ape lagi seperti yang korang sedia maklum tentulah Apple sedang menghasilkan iPad 2.Selalunya syarikat gergasi dalam telekomunikasi jarang mengumumkan produk yang bakal mereka lancarkan tapi Apple tak pernah langsung menafikan pembikinan iPad 2 kerana kejayaan besar mereka dalam penjualan iPad.


Hampir 5 billion dollar keuntungan hasil daripada penjualan iPad dalam suku ketiga sejak dari ia dilancarkan.Seperti model iPhone yang sentiasa mengeluarkan model baru setiap tahun iPad juga dikatakan harus diperkembangkan dan ia dijangka dilancarkan pada 3 April 2011.
Model prototaip iPad 2 pada minggu lepas telah pun dipamerkan kepada beberapa wartawan majalah gadjet dan IT.
Dikatakan juga kilang pembuatan iPhone dan iPad di China telah pun diarahkan untuk menyediakan komponen dan barangan untuk menghasilkan iPad 2 sebelum Febuari.
Daripada beberapa wartawan dunia gadjet mereka menjangkakan iPad 2 akan memberi lebih kepuasan dengan bentuk yang lebih elegen dan mudah,application yang sangat tiptop dan kamera depan muka untuk video conference.
Apa yang menjadi persoalan adakah iPad 2 dapat menandingi iPad yang hanya berbeza dari segi bentuk dan penambahan kamera?Mungkinkah iPad 2 ini ada slot SD card?Bagaimana bentuk dan teknologi yang disisipkan terus menjadi pertanyaan ramai sehingga kini.So just nantikan jelah April ini.Mana tau April fool ker..hehe.That's all for today.Thanks for reading.Don't forget to like my fanpage in Facebook.Bye and Aneyoong! (^_^)