Loading...


Imej 3D Matahari Yang Pertama

1 comments

Halloo semua readers.Hari ni aku nak share something interesting pada korang semua.Ini sebagai tanda sayang aku kat korang hehe.Bukan ape aku just nak kongsi tentang perkembangan semasa pengetahuan angkasa lepas ni kat korang supaya kita sentiasa update dengan dunia sains yang global ni.Baru-baru ini NASA telah mencapai satu lagi kejayaan iaitu berjaya menghasilkan gambar 3D Matahari yang pertama dengan menggunakan imej dari satelit.Hah,pada yang ade spek 3D kat umah tu bolehla pakai sebelum korang baca entri ni dengan lebih mendalam.

Satelit  STEREO (Solar TErrestrial Relations Observatory) kepunyaan NASA telah berjaya menyediakan gambar atau imej tiga dimensi matahari yang pertama.Kalau korang nak tau STEREO ni macam satu unit khas dalam NASA untuk mengkaji tentang matahari dan segala perhubungan yang berkait antara matahari dengan bumi.Untuk pertama kalinya para saintis akan dapat melihat struktur matahari dalam tiga dimensi.Dengan pandangan baru ini dijangka dapat membantu keupayaan para saintis untuk memahami segala sifat fizik matahari disamping itu memberi lebih ruang untuk mereka meningkatkan ketepatan dalam ramalan cuaca.Imej ini boleh dilihat dengan menggunakan kacamata 3D yang berwarna cyan dan biru.
Imej penuh matahari.Dikiri ialah imej 2D dan di sebelah kanan adalah imej 3D.Dengan hanya melihat warna ilustrasi 3D kita dapat menentukan suhu pada matahari :
Biru : 1 juta darjah celcius
Hijau : 1.5 juta darjah celcius
Merah : 60,000 - 80,000 darjah celcius
Kuning : 2.5 juta darjah celcius
Setiap suhu mampu membantu para saintis memfokuskan sifat matahari dengan lebih tepat.
Imej di atas menunjukkan kutub selatan bagi matahari.Dengan siri gambar 3D ini kita dapat melihat imej mozek ultraviolet ekstrem.
Imej ini menerangkan tentang kawasan aktif pada matahari.Setiap warna dalam imej ini mampu menyelongkar tentang bahagian aktif pada matahari berserta dengan suhunya.
Inilah warna yang mewakili suhu pada matahari.Hanya dengan warna yang diperolehi daripada imej ini para saintis mampu mengkaji dengan lebih dalam tentang segala sifat matahari yang boleh dihubungkan dengan cuaca di bumi malah dengan planet-planet yang lain.
Ok rasenyer sampai sini saje entri untuk kali ni.Harap post ni dapat menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan kita.So jumpe lagi.Thanks for reading.
Aneyoong!
Adios!

Imej diambil daripada IBNlive