Loading...


Happy Birthday KL!!!

Comments

Hi readers.Entri kali ni nak cerite sikit beberapa info menarik tentang Kuala Lumpur.Bukan ape,sempena hari wilayah persekutuan yang 'kita' eh silap..maksud saya yang duduk wilayah jer,mereka akan menyambut perayaan ni setiap 1 Febuari.Maka saya dengan rase bangga nak menulis entri pasal ibu negara kita ni.Kalo korang nak tahu Kuala Lumpur memang banyak tempat menarik,even saya duduk KL dah 3 tahun pon masih banyak tempat yang belum saya pergi hahaha.... tapi apepon saya rase sangat seronok tinggal di KL walaupon tempat ni agak busy dan sesak,macam-macam perkara yang baru saya belajar sewaktu menetap kat sini.


Buruk atau baik KL ni tu terpulang pada individu tu sendiri tapi ape yang penting kita pandai jage diri hehe.Sori mata da ngantuk tu yang melalut tuh...Ok sekarang kita pergi ke fakta-fakta menarik tentang Kuala Lumpur check this out :
1.Kuala Lumpur bermula daripada pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
2.Dahulu Kuala Lumpur merupakan pusat perlombongan biji timah.
3.Tokoh yang mengasas Kuala Lumpur - Yap Ah Loy (kapitan Cina ketiga)
4.Diisytihar sebagai ibu negara pada 1 Febuari 1974
5.Penduduk KL adalah terpadat di Malaysia
6.Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah (hosting) sukan Komanwel 1998 antara temasya sukan terbesar di dunia.
7.Kuala Lumpur pernah menjadi bandar ke-5 paling kerap dilawati di dunia pada tahun 2008
8.Kuala Lumpur juga adalah bandar ke-8 paling cantik 'skylines' oleh National Geographic.
9.Bandar ke-13 di dunia mempunyai bangunan paling tinggi di antara 233-240 bangunan melebihi 90 meter.
10.Menara Berkembar Petronas(KLCC) adalah bangunan ke-7 tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter atau 1483 kaki - 88 tingkat oleh Arkitek Cesar Pelli.
11.Menara Kuala Lumpur merupakan menara ke-11 tertinggi di dunia dengan ketinggian 421 meter atau 1381 kaki.
12.Kuala Lumpur merupakan bandar termaju di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara selepas Singapura.
13.Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dan Stadium Negara menjadi memorial sejarah tanda kemerdekaan Malaysia menjadikan KL tempat yang kaya dengan sejarah Malaysia selain Melaka.
14.Kuala Lumpur simbol kemodenan,kemajuan dan kestabilan Malaysia.

Antara tempat-tempat menarik :
Menara Tinjau Bukit Permai


Bukit Belacan


Bukit Bintang

Petaling Street

KLCC

Tasik Titiwangsa

Muzium Negara

Menara KL
Ok rasenyer sampai disini jelah entri kali ni...arghh..ngantuk arr...nak tido dulu...Harap dengan info ni kita akan lebih mengenali Kuala Lumpur...yeah baby i love KL...haha....takdela..sebagai orang Malaysia kita wajib tahu pasal KL..Macamana orang luar nak tahu pasal negara kita kalo kita sendiri pon tak tau pasal negara kita?Jadi kita sepatutnya menjadi warganegara yang lebih prihatin..Ceh cakap nak skema jer hehe..Apepon kalo ade terkasar bahasa semasa anda membaca entri ini saya sebagai penulis menyusun 10 jari (kalo boleh nak jari kaki sekali hehe) mohon ampun dan maaf ok.Semoga jumpe lagi..Bye..Aneyoong!!!

Credit : All picture is from GOOGLE AND WIKIPEDIA