Loading...


Darah dan Insentif

2 comments

Salam semua readers.Dah lame rasenye aku tak update post kat sini.Aku agak busy sikit minggu ni,baru hari ni berpeluang nak buat entri baru.Topik kali ni berkenaan dengan menderma darah.Baru minggu lepas aku derma darah kat Melaka kalo tak silap aku rasanye dah kali ke-14.Kenapa?Tak percaya ker....Serius dah 14 kali confirm tak tipu.Tapi bukan  pasal ni yang aku nak ceritakan.Rasanya lebih baik aku berkongsi pasal info berguna dengan korang daripada menulis kisah-kisah hidup aku yang agak boring.Betul tak?Ok berbalik pada topik kita.

Kalo korang nak tau World Health Organization mensasarkan matlamat pada tahun 1997 pendermaan darah adalah 100 peratus daripada mereka yang sukarela menderma tanpa apa-apa bayaran.Namun pada tahun 2006 hanya 49 daripada 124 negara yang ditinjau mencapai standard atau piawaian ini.Setengah daripada penderma Plasmaferisis di Amerika adalah masih berbayar.Beberapa negara masih lagi bergantung kepada penderma berbayar untuk mengekalkan bekalan darah.Berbeza dengan sesetengah negara,Tanzania pula telah mencapai satu anjakan dalam pendermaan darah apabila penderma tidak berbayar meningkat secara mendadak iaitu 20% pada tahun 2005 ke 80% pada tahun 2007 manakala tinjauan WHO hanya sesetengah negara yang menunjukkan peningkatan kecil iaitu 68 daripada 124 buah negara yang ditinjau.Di Brazil pula menerima sebarang bayaran atau ganjaran dalam menderma darah,tisu dan sebagainya adalah salah di sisi undang-undang di negara itu.
Bagi manusia yang mengalami zat besi berlebihan,menderma darah adalah kaedah terbaik dalam mengelakkan pengumpulan toksik dalam badan.Di Australia pendermaan darah digalakkan bagi manusia normal atau pun pesakit hemochromatosis.Ini kerana hemochromatosis adalah disebabkan genetik dan tidak memberi sebarang kesan pada darah yang didermakan.Menderma darah juga dikatakan baik untuk mengelakkan penyakit jantung kepada lelaki namun kajian itu masih lagi belum mendapat pengesahan untuk dijadikan pengetahuan pada umum.Di Itali pula penderma darah mendapat insentif sama seperti bekerja waktu cuti.Majikan juga membenarkan cuti pada mereka yang menderma darah.Sama seperti Malaysia pelbagai lagi insentif yang diberikan di sana seperti t-shirt pecuma,peti kecemasan di rumah,pen dan sebagainya bagi menarik minat masyarakat untuk menderma darah.
Dan terdapat juga mereka yang menjadikan derma darah sebagai amalan mulia tanpa meminta sebarang bayaran atau pampasan.Pada aku menderma darah ni sangat menguntungkan korang.Kenapa?Pertama sebab kita boleh beramal itu satu kaedah baik dalam memastikan pembentukan diri kita sihat dari aspek spiritual.Kedua ialah amalan ni hampir sama manfaatnya dengan berbekam. Berbekam adalah sunnah rasullulah iaitu satu proses mengeluarkan darah kita yang kotor.Sama seperti menderma darah ia membuang darah yang mengandungi toksik berlebihan dan hasilnya kita akan mendapat darah yang baru - manfaat dari segi fizikal.Ketiga Kementerian Kesihatan akan memberikan pelbagai insentif berguna untuk masa depan kita seperti rawatan percuma apabila kita memerlukan - manfaat dari segi perancangan masa depan.
Dan yang paling akhir ialah kita menjadi insan yang prihatin dan berguna pada masyarakat - manfaat dari aspek kesihatan mental.Jadi kalo dah tau banyak manfaat mengapa kita perlu memberi alasan untuk menderma.Mesej ini hanya sebagai pandangan untuk kebaikan bersama.Oklah sampai sini jer.Jumpe lagi.(^^,)