Loading...


Baru di Panggung : X-Men First Class

3 comments

Salam semua readers.Hari ni aku nak kongsi satu lagi movie wajib tengok iaitu X-Men : First Class.Merupakan Superhero filem yang diarahkan oleh Matthew Vaughn.X-Men : First Class merupakan adaptasi daripada komik Marvel dan merupakan filem ke-lima daripada siri X-Men dan ia adalah prequel daripada 3 filem pertamanya.Dijangkakan ditayang serentak pada 2 June 2011.

Latar belakang filem diambil pada tahun 1960 dan jalan ceritanya lebih memfokuskan tentang hubungan Profesor X dan Magneto yang merupakan founder dalam group Brotherhood Mutants.
Dibintangi oleh James Mc Avoy sebagai Profesor X dan Michael Fassbender sebagai Magneto.
Ia juga turut dibintangi oleh Kevin Bacon dan Sebastian Shaw,yang merupakan watak antogonis dalam movie ini.Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini adalah seperti January Jones,Rose Byrne,Jennifer Lawrence dan Lucas Till.
Pengambaran filem ini diambil hampir keseluruhannya di England dan beberapa tempat di Amerika.Fox meletakkan filem ini sebagai filem trilogi baru yang pertama.
Sinopsis Filem :
Charles Xavier dan Erik Lensherr menukar namanya kepada Profesor X dan Magneto setelah dua pemuda ini mengetahui yang mereka mempunyai kuasa yang amat luar biasa.
Musuh paling ketat dalam sejarah X-Men ini adalah merupakan kawan rapat sebelum ini,bekerja bersama dengan Mutants yang lain untuk menghalang segala bentuk ancaman di dunia.Dalam proses itu terdapat beberapa percanggahan dan perkara itu akhirnya membawa kepada kerenggangan mereka dan disinilah mereka memulakan peperangan di antara mereka.
Lihat Trailer Disini :