Loading...


Apabila Pelajar U Protes...

2 comments

Salam kepada semua readers.Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang permasalahan yang berlaku di universiti-universiti awam.Mungkin di universiti korang ader berlakunyer masalah seperti ini.Kisah ni berlaku di sebuah universti awam di mana pelajar-pelajarnya merasa benggang terhadap pentadbiran universiti tersebut apabila semua janji manis yang di war-warkan tidak pernah dikotakan menyebabkan mereka rasa sangat fed-up dan marah sehinggakan mereka menubuhkan satu kesatuan pelajar iaitu Gerakan Pelajar Sedar.Bagaimana perkara ini boleh berlaku.Adakah universiti yang harus bertanggungjawab ataupun pelajar.Berikut adalah isu yang ditimbulkan oleh pelajar :


Sebagai mahasiswa mereka berhak untuk mendapat hak pelajar.Bagi aku menyuarakan pendapat pelajar adalah perlu dalam memacu universiti ke arah yang lebih dinamik.Tapi di universiti mereka hak pelajar sering diabaikan seperti peruntukan kewangan,pentadbiran yang tidak licin dan banyak lagi kesulitan yang mereka alami.Tindakan mereka adalah sangat bertepatan kerana kesatuan pelajar merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk menegur pentadbiran universiti jika ada perkara yang dirasakan tidak betul.
Aku bukanlah nak menyokong mana-mana pihak ataupun nak menggalakkan mereka ini protes tapi jika segala pentadbiran yang dilakukan itu dirasakan tidak adil maka inilah cara yang sesuai untuk membangkitkan isu di universiti.Ini lebih baik daripada menggunakan kekerasan atau melakukan segala bentuk tindakan yang berunsur agresif.Samalah situasinya di tempat kerja apabila majikan sudah mula melupakan kebajikan pekerja ini juga cara yang paling sesuai dan efektif.Kesatuan memang berguna pada sesuatu komuniti kalo nak harapkan seorang untuk bersuara nampaknya suara hanya tinggal suara haha.Mogok adalah cara terakhir kalau tiada apa-apa tindakan susulan dilakukan.
Jangan kita asyik mendiamkan diri tanpa usaha.Nanti akhirnya merugikan diri kita sendiri bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.We must fight for our own right.Jangan takut untuk menyuarakan suara korang kerana Malaysia adalah negara demokrasi.So sampai sini jelah entri untuk kali ini.Semoga ini dapat dijadikan sebagai info yang berguna andai korang berada dalam situasi yang sama.