Loading...


7 Tips Untuk Kurus

4 comments

Salam semua readers.Hari ni aku bagi sedikit tips kalau korang nak kurus.Yang dah kurus dan berminat nak ikut tips ni pon takde masalah.Tips ni memang tak perlukan apa-apa pengambilan ubat.Cuma habit kita yang perlu ditukar.Mungkin agak susah nak tukar habit tapi lama-kelamaan korang pasti akan terbiasa.

Pertama :
Jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar.Korang mesti menggunakan pinggan yang kecil.Dengan cara ini korang akan dapat mengelakkan diri korang daripada makan berlebihan.Lagi pon Islam menggalakkan kita bersederhana.Selain itu makanan kita akan kelihatan seperti banyak sedangkan ia tidak.
Kedua :
10 minit sebelum makan amalkan minum air kosong 2 hingga 4 gelas.Ini kerana ia akan membuatkan korang merasa kenyang sebelum makan.Jika korang makan ketika terlalu lapar mungkin korang akan mengambil 3 ke 4 pinggan nasi dan menyebabkan makanan yang berlebihan daripada keperluan badan bertukar menjadi lemak.Ini yang perlu dielakkan.
Ketiga :
Ketika korang makan amalkan mengunyah dengan lama dan pastikan korang melengahkan masa korang menikmati hidangan ini kerana otak kita lambat memberi respon yang kita dah kenyang.Jadi dengan cara ini kita akan merasa kenyang walaupun kita hanya makan sepinggan kecil nasi.Lagi pon sistem penghadaman kita akan menjadi bagus jika kita mengunyah dengan perlahan.
Keempat :
Kongsi makanan korang.Selalu makan makanan yang senang dikongsi.Contohnya snek,salad dan makanan berat seperti yong tau fu dan sebagainya.Jika korang makan sendiri elakkan makan dengan banyak,simpan makanan itu untuk waktu makan seterusnya.Perasaan tamak kadang-kadang akan membuatkan kita mengambil makanan tanpa memikirkan implikasinya.
Kelima :
Sentiasa memberi tumpuan ketika makan.Tabiat makan sambil menonton tv adalah kurang sihat ini kerana korang akan makan tanpa henti selagi rancangan atau drama yang korang tengok belum habis.Ingat makan perlu dikawal barulah korang dapat menurunkan berat badan korang.
Keenam :
Sentiasa makan dengan kerap.Jika anda bekerja dalam waktu yang lama pastikan di pejabat anda sentiasa ada bahan kudapan untuk dimakan.Namun harus diingatkan pengambilan yang kerap tidak bermakna kuantiti yang banyak.Kuantiti yang sedikit sudah mencukupi.Ini adalah cara terbaik untuk tabiat pemakanan yang sihat.
Ketujuh :
Selalu mahukan kepuasan dan bukan kekenyangan.Setiap makanan yang korang makan adalah untuk puas bukan untuk kenyang.Jika anda makan untuk kenyang pola pemakanan anda akan jadi tidak teratur.Snek pon boleh menjadi nasi bagi korang.Jadi pelbagaikan makanan korang supaya korang tak jemu untuk makan makanan yang sama.Barulah ada kepuasan bukan mengambil untuk menjadi kenyang tetapi untuk mengisi perut daripada lapar.

Diharapkan tips ni berguna untuk korang.Ubah tabiat pemakanan korang sekarang sebelum terlambat.Aku ucapkan selamat mencuba!