Loading...


Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

14 comments

Hai readers.Entri kali ini nak menceritakan salah sebuah filem yang memang ditunggu-tunggu oleh semua pelusuk dunia iaitu Pirates of Caribbean 4 , On Stranger Tides .Filem in bakal ditayangkan kat Malaysia 19 Mei ini(yes bebey sehari sebelum hari jadi saya tu..) di semua pawagam yang berkenaan dan yang paling mengembirakan ialah kali ini filemnya adalah version 3D.
Kalo korang nak tau filem fantasi ini sebenarnya merupakan adaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk On Stranger Tides oleh Tim Powers yang merupakan novel yang sama menginspirasikan sebuah game daripada Lucas Art iaituThe Secret of Monkey Island.
Filem ini pertama kali diumukan pada bulan September 2008 dan fotografi utama pada Jun 2010.On Stranger Tides amat berbeza dengan pengambaran filem Pirates Caribbean yang lain kerana lokasinyer pon sebahagian besar dibuat di Hawaii.Filem bersiri ini juga adalah arahan Rob Marshall yang pertama bukan lagi Gore Verbinski.Kalo nak tau filem yang diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer ini akan dikeluarkan dalam format 3D di Disney 3D Digital dan IMAX 3D.So ramai-ramai la pergi tengok 3D kat GSC Times Square (IMAX lame) besar giler panggung wayang dier tuh memang sedap tengok.Versi biase atau 2D pon ader jadi tak kisahlah korang nak tengok versi aper janji puas hati.
Citer ni dibintangi oleh Johnny Deep,Penelope Cruz,Ian McShane,Geoffrey Rush,Kevin McNally,Stephen Graham,Gemma Ward dan Richard Griffiths.Menceritakan tentang Johnny Deep sebagai Kapten Jack Sparrow yang bertemu dengan kekasih lamenyer (Penelope Cruz)  dalam mencari Fountain of Youth.Dia merasa sangsi dan keliru adakah ini cinta yang berputik kembali atau kekasihnya itu hanya memperalatnya untuk mendapatkan Fountain of Youth.
Ketika kekasihnya itu mendesak Jack untuk menumpang di sebuah kapal yang terkenal Queen Anne's Revenge milik Blackbeard,Jack telah berhadapan dengan perkara yang tidak dijangkakan di mana dia keliru siapa yang perlu dia takuti : Kekasihnya atau Blackbeard.

Watch Trailer