Loading...


Motorola ATRIX

6 comments

Hi kepada sume reader.Entri kali ini saye nak cerite sikit tentang smartphone yang paling baru dan masih belum ade kat pasaran kite di Malaysia.Bukan ape entri ni sebagai guide untuk sesiape yang nak beli handset agar buat pilihan yang sebetul-betulnyer.Ini kerana sekarang ni banyak sangat pilihan dan sebagai pengguna kite mestilah mencari produk yang betul-betul berkualiti.
Memang dalam hati rase nak tukar handset nih tapi handphone lame baru jer 2 minggu pakai rase sayang pulak lagipun duit memang tersangat-sangatlah kering hehe.
Kire ok la handset yang saye pakai sekarang Samsung Galaxy S function die pon masih releven.
So bercerite pasal smartphone sekarang ni dunia telekomunikasi sedang berperang dengan smartphone masing-masing yang mempunyai kelebihan yang berbeza membuatkan pengguna sukar untuk membuat keputusan.Nokia mengeluarkan model baru iaitu symbian X7,manakala Samsung dengan Siri Galaxynyer,Sony Ericson tidak ketinggalan memperkenalkan Xperia Arc dan Blackberry memilih Dakota.So giliran Motorola mengeluarkan model barunye iaitu ATRIX.Untuk pengetahuan semua ATRIX ni ade kelainan yang besar berbanding handset-handset yang lain kerana ATRIX adalah handset yang menggunakan jaringan 4G iaitu kelajuan maksimun mencecah sehingga 14.4 Mbps.Internet tanpa wayar berkelajuan tinggi memang menjadi pilihan ramai kerana zaman ini internet bukan lagi satu keinginan tapi keperluan asas yang perlu ade dalam menghadapi cabaran dunia IT.Jika nak disentuh dari aspek fungsi teknikal handset ini mempunyai kamera 5.0 MP dengan LED Flash.Dari segi memori pula ATRIX mempunyai storage sebesar 16GB dan 1GB RAM.Yang paling menarik ialah handset yang menggunakan processor 1Ghz ini mengoperasikan ANDROID 2.2 Froyo dan boleh upgrade sehingga 2.3 Gingerbread.Handset ini juga menyokong penggunaan micro SD Card sehingga 32 GB.Uniknya handset ini ialah processornya adalah dual-core dan mempunyai graphic card NVDIA Tegra.Selain itu rakaman video adalah HD ,pemain MP3 yang menyokong pelbagai format muzik dan kelengkapan asas handset yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Dari segi saiz handset ini mempunyai panjang 117.8 lebar 63.5 dan tebal 10.1mm dengan seberat hanya 135g.
Screennya adalah sama dengan handset Smamsung Galaxy S iaitu sebesar 4 inci menggunakan Gorilla Glass yang tahan lasak dan calar.ATRIX menggunakan handset Lithium 1930mAh dan waktu bercakap boleh mencecah sehingga 9 jam.So pade sesiape yang baru bercadang nak tukar handset saye cadangankan ATRIX adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan.Walaupun masih belum berada di pasaran dijangkakan harganya akan mencecah dalam lingkungan RM 2700.So sampai disini jelah entri untuk kali ini diharapakan ia dapat memberi sedikit guide pade semua readers yang memang kaki handset.Sekian saje entri untuk kali ini,Aneyoong. :)