Loading...


Camping Camping Camping

6 comments

Hi guyz whassup..Entri untuk hari ni nak citer sikit pasal pengalaman saya terlibat dalam camping atau lebih dikenali perkhemahan.Sistem pendidikan kat Malaysia ni ade yang bagus dan ade yang tak.

Tapi salah satu silibus yang bagus dalam sistem kita ialah diorang mementingkan keseimbangan 3 elemen utama iaitu fizikal,mental dan spiritual.So kalo nak bangunkan 3 benda ni kita mestilah tidak hanya bergantung kepada kelas akademik jer tapi aspek kokurikulum juga perlulah diambil kira.
So bercakap pasal kokurikulum ni masa saya sekolah dulu saya memang jarang aktif dalam kokurikulum.Nak pegang raket badminton jangan harap lah.Nak main ragbi huuhh jauh sekali tapi walau macamana pun hanya satu jer yang saya minat iaitu camping.Hurm saya terlibat dalam camping ni tak lah banyak sangat tapi pengalaman setiap camping bagi saya memang sesuatu yang tak boleh dilupakan.Ni list camping yang saya terlibat (siap ade list tuh) :
1.Perkhemahan Waja Diri , Jasin Melaka (2003)
2.Perkhemahan Anjuran Jabatan Perhilitan Gua Batu Maloi Kuala Pilah N.S.D.K (2005)
3.Perkhemahan Kembara Duga Gunung Tahan Pahang (2008)
4.Perkhemahan Kem Bina Negara Meru Klang Selangor (2009)
Banyak benda yang dapat kita pelajari sebenarnya daripada aktiviti perkhemahan seperti ini.Sebenarnya secara tak langsung camping dapat membina karakter kita menjadi seorang yang lebih positif.Kenapa?Setiap kali perkhemahan bende pertama yang saya belajar ialah semangat setiakawan.Mesti hidup berkawan kalo tak nanti bila masuk hutan banyak bende yang kita tak tahu silap-silap kita sesat jalan sebab sifat bodoh sombong kita.
Kedua ialah ikhtiar hidup sendiri sebab kat hutan segala-galanya buat sendiri,masak sendiri,basuh sendiri ubat pon sendiri  pendek kata semua sendiri takde orang gaji.Barulah mencabar kita pon dapat belajar macam-macam dari situ.Pastu ketiga kita juga dapat mengenali diri dan rakan kita.Kita akan dapat tahu macam perangai kita senang putus asa ke dan juga kawan kita diorang ni penting diri sendiri ker?Bende-bende macam ni penting untuk kita berubah ke arah yang lebih baik so mana yang kurang kita perbaiki barulah ade kualiti dalam hidup.Cewahh...pandai betul bercakp budak nih...hehehe...
Lastly perkhemahan juga mengajak kita untuk berfikir tentang kebesaran tuhan,setiap keindahan alam semulajadi memang tidak ada tandingan hanya KUASANYA yang mampu mencipta sesuatu yang sebegitu indah,kita sebagai hambanya harus bersyukur dengan apa yang ada.Semasa saya di puncak Gunung Tahan saya merasa begitu kagum dengan alam semulajadi ciptaan-NYA.Banjaran yang menghijau ,awan dan kabus menyelubungi puncak.Pokok-pokok yang begitu tinggi buatkan saya tersentuh.Betapa Agungnya CiptaanMu Tuhan.So kita perlulah hidup sentiasa bersyukur dan berkasih-sayang tidak mengira apa jua makhluk yang ada di bumiNYA.
Kesimpulannya perkhemahan sebenarnya membina spiritual yang sihat di samping memberi kesihatan fizikal dan mental.Jika anda sedar,konsep ketamadunan menurut perspektif islam yang diulas oleh Professor Syed Naquib Al-Attas sendiri mementingkan 3 aspek tersebut maka tidak hairanlah mengapa sistem pendidikan kita mahu keseimbangan ketiga-tiga perkara ini.Rasanya sampai sini jelah entri untuk kali ini.Sehingga bertemu lagi di lain waktu Aneyoong. :)

Pictures Credit to Google