Loading...


BILA HUJAN DI TENGAH HARI

Comments

Salam semua.Untuk entri kali ini nak cerita sikit tentang perkara-perkara remeh yang mungkin boleh bertukar menjadi besar kalau tidak berjaga-jaga.Selalunya apa yang kita impikan tak semuanya boleh jadi kenyataan,jadi kita tak seharusnya menunggu sesuatu yang belum pasti.Nak cerita sedikit pengalaman saya.Masa saya sekolah lagi,saya ni jenis yang kuat berangan-angan.Saya selalu ingin beli macam-macam tapi waktu tu pemikiran saya agak kurang matang.Apa yang menariknya,selalunya saya akan gunakan duit yang saya ada untuk beli barang yang saya suka kemudian bila dah takder duit saya akan minta mak dan ayah untuk backup balik perbelanjaan saya.Tapi bila saya pikirkan sekarang ni bila dah terbiasa dengan habit tu, perkara ni mendorong saya untuk membeli barang di luar kemampuan saya sebabnya bagi saya duit tu akan datang dengan sendiri.
Saya selalu buat sesuatu dahulu kemudian baru fikirkan kesannya.Pada suatu hari saya tidur di rumah kawan kat KL nak pergi jalan-jalan dan waktu tu saya sewa kereta.Dalam tangan saya takder duit cash yang banyak sebab saya dah merancang nak keluarkan duit simpanan koperasi saya.Plan saya nak guna kereta sewa untuk 1 hari tapi sebab banyak tempat saya nak pergi antaranya nak singgah rumah maksu saya di Shah Alam,pergi jalan-jalan kat Sunway dan macam-macam lagi kemudian saya call abang sewa kereta untuk lanjutkan sampai  hari Ahad.Sehari dia kire seratus so saya dah bayar untuk satu hari sewa dan baki lagi seratus.Kemudian kawan saya nak ajak pergi makan saya pon cari lah tempat makan yang sedap-sedap tapi hati saya mula perasan yang duit dalam wallet dah makin berkurang sebab dah banyak belanja so saya pon bercadang nak keluar duit koperasi,saya pon telepon koperasi tapi malangnya koperasi tutup awal pada hari Jumaat dan tidak buka pada hujung minggu.Inilah detik cemas saya sebab macam mana nak bayar duit sewa kereta.So saya pon rahsiakan pada kawan saya dengan harapan saya dapat cari ikhtiar yang lain walau macamana pon kerana reaksi muka saya yang menjengkelkan akhirnya mereka berjaya menyelongkar perkara ini dan gelakkan saya.Mereka memberi sikit wang untuk dipinjamkan dahulu dengan ayat-ayat sindiran."Ko ni macam-macam masalah la,kenapa x cakap awal-awal".Saya pon dengan malu menerima pelawaan mereka.Hurm bayangkanlah kalo diorang pon xder duit macam mana agaknya saya nak bayar dekat abg sewa kereta.Itulah pengajaran yang saya dapat.Sebab tu saya selalu memikirkan kalo satu hari nanti bile saya langsung takder duit macam mana saya nak survive tanpa ada sebarang bantuan.Could i be able to survive??Harap cerita ini dapat dijadikan iktibar untuk direnungkan bersama.Aneyoong :)