Loading...


Gunung Tahan Pahang

Comments

Dalam post kali ni saya akan menceritakan pengalaman yang cukup indah bagi saya dan tidak pernah sesekali saya akan lupakan.Pengalaman or sweet memories ni saya dapat semasa saya mendaki gunung tahan sewaktu saya mengikuti pengajian tahun asas di UPNM pada Ogos 2008.Ini merupakan kali pertama saya mendaki gunung bersama rakan-rakan.Kerana sewaktu tahun asas saya agak malas maka saya tergolong dalam kumpulan mahasiswa yang diwajibkan mendaki Gunung Tahan berbanding beberapa rakan saya yang genius dan pandai mereka pula ditugaskan menawan Gunung Kinabalu di Sabah.Walaupun  Group yang mendaki Gunung Tahan ni dibawah CGPA 3.20 tapi mereka semua sempoi dan sporting.
Saya masih ingat lagi bagaimana excited sungguh saya untuk mendaki Gunung.Semua perkakas makanan dan kasut saya beli hanya yang terbaik.Pendek kata the most branded in the country.Beli beg hiking lambang MU tuh.I wish i had this moment again.Kami bertolak dengan 4 buah bas dan satu lori 3 tan.Semua peralatan serba lengkap.Pagi tu kami bertolak dan tiba petangnya di Taman Negara Merapoh yang merupakan pintu masuk kedua selepas Kuala Tahan dengan penuh rasa  teruja walaupun perjalanan agak lama lebih kurang 4 jam dari KL.
Tiba saja di sana kami diberi taklimat memasang khemah dan sebagainya.Kerana kami terlalu ramai maka Group mendaki dipecah kepada 3 - A B C.Saya tergolong dalam Group B.Setiap Group mendaki pada hari yang berbeza dan saya terpaksa menghabiskan 2 malam di Taman Negara.Even though saya memang dah cukup excited walau berada dekat situ.Saya mula pendakian dengan keadaan cuaca yang cukup menguji mental,hujan selebat-lebatnya.
Mungkin kerana kedudukan kawasan yang merupakan banjaran gunung maka hujan adalah satu kebiasaan.Kami memulakan perjalanan dengan menaiki pacuan 4 roda melalui Sg Relau.Kami tiba sahaja di checkpoint pertama iaitu di kaki gunung atau lebih dikenali sebagai Kuala Juram dan di situ kami terpaksa menunggu sehingga  hujan reda. 
Kami memulakan perjalanan kami selama 2 jam untuk sampai ke checkpoint yang kedua di mana kami akan bermalam di Kem Kor dengan ketinggian 750 meter dari paras laut.Apa yang paling best sekali kat tempat ni ialah ada sungai yang jernih yang menyebabkan saya asyik nak mandi dan bergurau senda dengan my friends.Sejuk betul air gunung that's why saya teruja dengan keindahan semulajadi. 
Pada keesokannya pagi-pagi lagi saya dan Group saya yang lebih dikenali sebagai Yakuzza Power memulakan perjalanan untuk menawan puncak Gunung Tahan.Dugaan pertama ialah Bukit 'Good Morning' kerana kelandaian bukit ini sangatlah 'landai' kata jurulatih.
Pagi-pagi lagi kami dan bertemu dengan curam yang memerlukan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke laluan yang lebih landai.Kepenatan macam nak pengsan pun ade.Baik nasib rangsum makanan banyak hahaha.Group saya berhenti makan di Belumut.Apa yang unik kat kawasan ni ialah tempat ni adalah pertemuan antara laluan dari Kuala Tahan dan juga Merapoh.
So kami banyak bertemu dengan pendaki-pendaki lain dari Kuala Tahan dekat sini.Kadang-kadang bila tengok pendaki lain saya rasa macam family dengan diorang sebab ade yang pemurah bagi saya coklat dan macam-macam.Mungkin inilah budaya kita sebagai orang Malaysia tak kira bangsa dan agama kita tetap bersaudara.Kemudian saya meneruskan perjalanan untuk ke puncak Gunung Tahan.
Kami sempat melihat keindahan semulajadi seperti periuk kera kala jengking dan bergambar.Salah satu checkpoint yang paling cantik adalah tempat yang di panggil bonzai sebab tempat ni mmg banyak pokok bonzai.Selain tu permandangan di situ kami mula dapat melihat gunung-ganang yang cukup mengusik kalbu.Kami bergambar dan kami kemudiaan tiba di checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak kami berehat sebentar,memasang khemah kemudian terus ke puncak Gunung Tahan.
Saat itu merupakan satu kepuasan bagi sesiapa yang tak pernah mendaki kepuasan hanya kita dapat apabila tiba di puncak and that's is the value that we should apply to our life. Kegembiraan bersama rakan memang merupakan pengalaman yang paling manis bagi saya.Tak kira siapa sampai dulu ke puncak atau siapa yang hebat pada zahirnya kita semua adalah sama.Bukan kepantasan yang di mahukan tapi yang paling penting ialah pengalaman dan memori yang kita ukir.For me that is more important.So bagi sesiapa yang teringin boleh la mencuba ajak rakan-rakan di waktu cuti nanti ok.That's all. Bye!