Loading...


Omija Berry

Comments

Salam semua.Untuk entri kali ni saya nak bercerita sikit tentang kisah buah berry yang agak unik iaitu Omija Berry atau lebih dikenali sebagai Schizandra Berry.Kenapa saya mengatakan ia unik?Ia adalah berry yang sangat  terkenal sebagai berry yang mempunyai 1001 kebaikan di Korea dan China.Masyarakat China dahulu menganggapnya sebagai satu keajaiban kerana ia dipercayai mampu mengubat penyakit dan meningkatkan imunisasi badan.Buah berry ini dikatakan juga merupakan herba yang lengkap kerana mempunyai lima (5) rasa iaitu manis,pahit,masin,masam dan pedas.Digunakan secara meluas sebagai rawatan tradisional untuk merawat mental,fizikal serta spiritual kerana cirinya yang bersesuaian dengan konsep Ying masyarakat cina.
Di Korea pula ia dihidangkan sebagai teh herba dan lebih dikenali sebagai Omija digunakan sebagai minuman tradisional bagi masyarakat di negara itu kerana khasiatnya yang mampu menghilangkan dahaga pada musim panas dan juga meningkatkan tenaga.Ladang Omija yang paling popular adalah di Mungyeong, Korea kerana ia menjadi pusat pengeluar Omija yang terbaik di dunia.Oleh kerana khasiatnya yang tinggi, saintis telah melakukan banyak kajian terhadap berry ini dan mendapati Omija bukan sahaja membantu memulihkan kulit yang rosak malah ia juga membantu menyeimbangi kelembapan kulit serta menghaluskan struktur kulit.Jadi tidak hairanlah produk berjenama antarabangsa Skin Food mengeluarkan beberapa set penjagaan kulit bagi mencantikkan serta mencerahkan kulit.Jadi bagi sesiapa yang inginkan kulit yang cantik cuba-cubalah guna Skin Food Omija.Dan pada sesiapa lak yang pergi ke Korea,saya nak kirim teh herba Omija 10 kotak nak buat bisnes kat sini hehehe.Ok sampai sini jelah entri untuk kali ini selamat menyambut hari natal bagi semua rakyat Malaysia.Saranghey =)