Loading...


Malaysia : Joyful Moment In Pangkor Island

Comments

Whassup guys,i'm back now.....Dalam entri kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti di Pulau Pangkor baru-baru ini.Ini sudah kali kedua saya ke Pulau Pangkor untuk bercuti.First saya pergi masa tu hanya sekejap jer.....Baru sekarang saya berpeluang meneroka keindahan Pulau Pangkor yang sebenar.Thanks kat Paksu dan Maksu sebab sudi bawak saya pergi jalan-jalan.
Memanglah pulau ni bukan top ten kat dunia macam Sipadan atau Perhentian tapi sebenarnya pulau ni ade keseronokan dan bermacam-macam aktiviti kat sini.Pantai dier pun kire cantiklah jugak, jernih...Tapi kene pandai pilih pantai nak mandi.....Sebab kalo nak yang paling cantik tentulah dekat Coral Beach dan Pangkor Laut.So saya nak ceritakan sikit serba-serbi trip kami ke Pangkor.
Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang jam 9.20 pagi dan sampai ke Lumut jam 1.30 petang,perjalanan lebih kurang 4 jam then kami singgah makan di Restoran Jeti Lumut (tak ingat nama restoran kat jeti ni) dan kami teruskan perjalanan kami menaiki feri ke Pulau Pangkor. Perjalanan lebih kurang 20 minit ke Pangkor kami terus check in kat Coral Bay Resort lebih kurang 5 minit dari jeti menaiki pengangkutan yang disediakan.
Setelah selesai kami pun bersiap-siap dengan pakaian 'senang' untuk meronda-ronda dan menikmati suasana pantai di sebelah petang.Kerana tempat penginapan kami yang terlalu dekat dengan pantai,kami hanya perlu berjalan kaki yang mengambil masa 5 minit untuk ke Pantai Pasir Bongak.
Di situ kami dapat menyaksikan beberapa ekor enggang (hornbill) yang jinak dan kami sempat berjalan dan bergambar di sana.Pada malamnya kami menikmati keenakan ikan bakar di restoran berhampiran di hotel dan kemudian kami berkaraoke bersama untuk menghilangkan bosan di waktu malam.
Keesokannya aktiviti sebenar baru bermula di mana kami telah menaiki trip boat untuk melihat sendiri persona Pulau Pangkor yang kaya dengan keindahan semulajadi.Di sini kami dapat melihat pantai persendirian Pangkor Laut yang memang cantik kemudian melihat batu berbentuk penyu,buaya dan love.

Bentuk Semula Jadi
Pemandu pelancong di situ juga agak peramah dan membawa kami untuk snorkeling di Pulau Giam yang memang kaya dengan ikan dan batu karang.Kemudian kami pulang semula ke hotel dan di sebelah petang kami pergi mengikuti Island Tour di mana kami melawat sekeliling pulau menaiki van.
Tempat yang kami pergi ialah Dutch Fort,Kilang Satay Ikan ,China Town di Sg Pinang Kechil ,Tokong Cina yang unik dikatakan boleh mendapat jodoh,Lapangan Terbang Pangkor,Coral Beach Dan Teluk Nipah.

Setelah pusing-pusing di pulau aktiviti kami diteruskan dengan aktiviti ekstrem yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja kecut perut.Apa lagi kalau bukan menaiki banana boat,viper dan jet ski.
Kami menjerit-jerit bile naik viper yang melayang-layang...agak kecut perut jugaklah saya dan sepupu yang lain, kalau you all nak rasa bagaimana rasa viper yang melambung-lambung di atas permukaan laut anda boleh cuba tapi peringatan pada sesiapa yang lemah tangan anda dinasihatkan jangan menggatal nak cuba sebab pasti korang akan tercampak ke dalam laut.
Setelah habis bermain kami semua bermain permainan Taboo dan Mafia yang sangat menyeronokan di bilik.Permainan ni memang sesuai untuk bermain bersama-sama keluarga untuk melepaskan tension.Game ni kalo dimain ramai-ramai lagi bagus,it's fun.
Keesokannya kami bersiap-siap untuk pulang dan check out.Sebelum menaiki feri kami sempat membeli cendera hati di gerai berhampiran jeti untuk rakan-rakan.Kami kemudian pulang ke Lumut dengan pengalaman yang memang sukar untuk kami lupakan.Begitu kisah percutian kami sekeluarga.Sampai di sini sahaja entri untuk kali ini.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas bagi skuad harimau malaya yang berjaya menjuarai AFF Suzuki semalam,i'm proud to be Malaysian.Anyeoong =)